Pages

Siti Nurhaliza Lelong Tudung FAREEDA Untuk Bantu Pesakit HIV/Aids

Siti Nurhaliza Lelong Tudung FAREEDA Untuk Bantu Pesakit HIV/Aids





































Siti Nurhaliza Lelong Tudung FAREEDA Untuk Bantu Pesakit HIV/Aids

Siti Nurhaliza Bakal Lelong Tudung Demi Pesakit HIV ! Dalam satu majlis Makan Malam Amal Tahajjud Cinta yang diadakan bagi mengutip dana bagi Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza diberitakan akan melelong dua pasang tudung miliknya yang akan dipakai ketika beliau membuat persembahan.
 

Apa yang lebih menarik, tudung jenama Fareeda ini dikatakan mendapat sentuhan penyanyi itu sendiri daripada segi rekaan yang mengikut citarasanya.  

"Kedua-dua tudung tersebut adalah direka khas dan tidak dijual dalam rangkaian jenama popular itu," ujarnya yang dipetik dari portal berita mStar Online.
Siti Nurhaliza dijangka akan mengadakan persembahan selama 30 minit dengan mengangkat tema kerohanian daripada album 'Tahajjud Cinta' yang pernah dikeluarkan pada tahun 2009.
Kini, bagi yang berminat, tempahan meja untuk persembahan telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.
Anda juga boleh menghubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my


No more limits to your online shopping!
Can’t wait for new smartphones or tablets to launch in Malaysia months later? Got your eye on some cool stuff but your favorite brand doesn’t ship here?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan