Pages

Tuan Guru Nik Aziz Bakal Nikahkan Apex Dan Leuniey 28 Disember Ini

Tuan Guru Nik Aziz Bakal Nikahkan Apex Dan Leuniey 28 Disember Ini


















Tuan Guru Nik Aziz Bakal Nikahkan Apex Dan Leuniey 28 Disember Ini




Apex atau Khairul Fahmi Che Mat bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha pada tanggal 28 Disember 2012 ini


Menurut satu info, Khairul Fahmi atau Apex, 23, yang akan diijabkabulkan di kediaman Leuniey bakal dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.


Ianya telah disahkan sendiri oleh ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

“Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun menerima tajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan