Pages

Watak Perempuan Gatal Punca Ana Dahlia Bercerai?



Watak Perempuan Gatal Punca Ana Dahlia Bercerai?




























Watak Perempuan Gatal Punca Ana Dahlia Bercerai?


Pelakon wanita, Ana Dahlia tidak mahu penonton drama Cinta Itu Milikku yang ditayangkan di saluran TV3 menyamakan dirinya dengan watak yang digalas sebagai Dini.
Dalam drama tersebut, Ana membawa watak seorang perempuan yang psiko dan tidak mudah menyerah kalah bagi mendapatkan kehendak hatinya walaupun menggunakan cara yang salah.
Ekoran dari watak jahat dan gatal Dini itu, ramai peminat-peminat di luar telah menyamakan perangai sebenar Ana dengan watak jahat tersebut.
Justeru, Ana tidak mahu orang ramai beranggapan dirinya adalah seorang perempuan yang gatal dan jahat.
“Jangan samakan saya dengan Dini, ia sekadar watak yang saya lakonkan, saya masih Ana yang sama.
“Bayangkan, apabila keluar, ramai menuduh saya curang, padahal sekadar dalam lakonan. Ada juga yang kata, saya ni gatal sebab itu kena cerai,” kata Ana yang dipetik dari laporan Sinar Harian.
Sebelum diberi kepercayaan untuk membawa watak itu, Ana merasakan takut untuk menggalas tanggungjawab membintangi drama tersebut.
Bagi Ana, dia risau sekiranya tanggapan serong masyarakat terhadap dirinya akan menjadi benar memandangkan ketika itu dia mempunyai masalah dalam rumah tangga dengan bekas suami, Chef Riz.
Tidak dapat melawan takdir, Ana terpaksa menghadapi keadaan itu apabila perkara yang ditakutinya menjadi kenyataan.
“Ketika itu memang saya sedang mengalami masalah rumah tangga, mula-mula takut juga nak terima sebab bimbang jadi macam ini, rupa-rupanya jadi kenyataan pula.
“Bagaimana pun, saya harap masyarakat di luar sana berfikiran lebih positif dan tidak terus menyalahkan saya,” katanya.
Kebahagian Ana dalam melayari bahtera rumah tangga tidak kekal lama walaupun dia dan Chef Riz yang bernikah pada 11 Disember tahun lalu cuba untuk mempertahankan hubungan mereka.
Pun begitu, Ana tidak menyesal dengan apa yang berlaku dan percaya ketentuan Tuhan itu ada hikmah buat dirinya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, malah saya sentiasa berdoa kehidupan saya akan menjadi lebih baik selepas ini.
“Untuk hari esok, saya tidak tahu apa akan berlaku. Apa pun, saya yakin ada hikmah di atas segala yang terjadi terhadap hubungan kami,” kata Ana berharap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan