10 Wasiat Imam Hassan al-Banna
10 Wasiat Imam Hassan al-Banna:
1- Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
2- Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
3- Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
4- Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
5- Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
6- Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
7- Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
8- Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
9- Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adlaah cinta dan saling kenal mengenal.
10- Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan