Pages

Budak Cina Suka Pakai Tudung Ke Tadika | Sebab Comel Dan Cantik


Budak Cina Suka Pakai Tudung Ke Tadika | Sebab Comel Dan Cantik




Budak Cina Suka Pakai Tudung Ke Tadika | Sebab Comel Dan Cantik

KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.


Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.
Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.
“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.


“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.


“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.

P/s: Tahniah dan Kagum dengan  Adik  Lee Jing Hwa, 7 tahun  walaupun masih kecil dan Berbangsa cina adik ni suka memakai tudung dan Mengaku kelihatan cantik apabila memakai tudung serta kat sini kita boleh nampak permikiran adik ni lebih baik berbanding pemikiran Wanita kita zaman sekarang ,,,

Tak sama dengan pemikiran  Wanita melayu islam sekarang padahal berumur Lebih tua dari budak tadika serta  berpangkat  dari Kakak,Emak Serta Nenek zaman Namun masih membuka aurat mereka dan tak suka memakai tudung sebab mereka anggap cantik bila tak pakai tudung serta mendedahkan aurat serta memakai pakaian seksi

,Meraka rasa kalau Tak pakai tudung dan seksi mereka lebih menyerlah dan Mudah untuk dijadikan perhatian ramai,,

Budak  tadika pun berfikiran lebih baik Dari orang tua sekarang ni kan ...?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan