Pages

Bukti Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat |#KL112 | 12 jan 2013 (Video Dan Gambar)

Bukti Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat  |#KL112 | 12 jan 2013 (Video Dan Gambar)







Bukti Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat  |#KL112 | 12 jan 2013 (Video Dan Gambar)


KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.


Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, #KL112 juga telah dan akan berlangsung di beberapa negara lain yang mana mempunyai rakyat Malaysia.

Katanya, PR jayakan himpunan itu dari 3 November lalu dan semalam adalah himpunan akhir seblum menuju ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas itu turut mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berjaya masuk ke dalam stadium dengan aman.

"Kita datang dengan aman, dan berpisah nanti juga aman dan tenteram. Jangan langsung rosakkan harta awam. Biarlah yang melakukan kerosakan itu Barisan Nasional.

-Sinar HArian































Tiada ulasan:

Catat Ulasan