Pages

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat | Adik Elfira Loy















Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat | Adik Elfira Loy



PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy mendakwa dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.
Pelakon muda Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri yang baru berusia 17 tahun ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut akan kekuasaan Allah selepas didatangi mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali.
“Baru-baru ni saya bermimpi lagi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya sedang menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit.
“Ketika itu, saya amat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis.
“Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya beritahu yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada wartawan.
Adik kepada pelakon Elfira Loy ini bersyukur, kerana diberi hidayah menerusi mimpi demikian dan tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya.
“Syukur alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun imej bertudung masih baru buat saya.
“Soal penampilan ala muslimah bukan masalah besar bagi saya, kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya lagi.
Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak yang sesuai untuk gadis yang bertudung sahaja selepas ini.
“Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lagipun buat masa ini, lakonan bukanlah keutamaan, kerana saya masih di bangku sekolah.
“Apatah lagi, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya telahpun menduduki kerusi Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan sebagai persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Andai ada kerja (tawaran), saya ambil namun jika tiada, saya akan fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan