Isteri Minat Aaron Aziz,Suami Lafaz Cerai
Isteri Minat Aaron Aziz,Suami Lafaz Cerai
Bila duduk di bangku Mahkamah Syariah dan mendengar perbicaraan, macam-macam kes pelik yang kita boleh dengar. Bukanlah nak kata orang bercerai tu pelik, tapi alasan sampai terlafaz cerai tu yang pelik dan kelakar pun ada.Ini kisah sedih tapi tapi menjadi sedikit lucu pulak rasanya. Ada seorang pak cik yang ke mahkamah sebab cemburu bila isterinya meminati Aaron Aziz. Pak Cik ni dah 50an dah umur dia. Tapi kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana, mungkin memang jodoh sampai situ saja.
Begini kata si suami bila hakim tanya sebab apa dia lafaz cerai: “Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam Dan Hawa. Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya itu.
“Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri. Saya rasa diri saya sudah tak dihargai lagi.”
Terkesima hakim itu mendengar punca sebenar lafaz cerai yang dilafazkan diluar mahkamah itu. Hanya kerana si isteri meminati drama lakonan Aaron. Si suami cemburu sampai melafazkan cerai.
Agaknya isteri pak cik tu tak pernah terlepas menonton setiap drama lakonan Aaron hingga tak hiraukan suami dia.
Kuat juga pengaruh drama lakonan Aaron ni sampai ada yang bercerai berai sebab tak hiraukan suami bila asyik menonton seterusnya jadi kes seteruk ini.
Bukanlah nak persendakan pak cik tu tapi mahu jadikan kisah ini sebagai sebuah kisah dan teladan. Semoga kita tak buat kesilapan sebegitu dalam hidup kita
-Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan