Pages

Kes Hina Islam,Dato Ac Mizal Mengamuk,Patrick Teoh Minta Maaf

Kes Hina Islam,Dato Ac Mizal Mengamuk,Patrick Teoh Minta Maaf

.














Kes Hina Islam,Dato Ac Mizal Mengamuk,Patrick Teoh Minta Maaf

Kini, timbul pula isu terbaru apabila seorang selebriti dan juga aktor dari Malaysia iaitu Patrick Teoh telah mengeluarkan kenyataan sensitif sehingga menimbulkan kemarahan para peminat dan artis-artis lain.
Melalui laman Twitter rasmi AC Mizal, beliau secara terbuka mengecam dan memarahi Patrick Teoh yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.
Untuk pengetahuan, Patrick Teoh pernah berlakon bersama AC Mizal dalam filem “Baik Punya Cilok” dan juga Awie dalam filem “Sumolah”.
Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.53 PM
Screen Shot 2013-01-16 at 12.14.32 PM













Selain AC Mizal, antara artis-artis lain yang turut mengecam kenyataan Patrick Teoh termasuklah Tomok dan juga Danny X-Factor. Anda boleh baca kenyataannya disini.
Screen Shot 2013-01-16 at 12.15.07 PM










Walau bagaimana pun, atas nasihat individu yang dipercayainya, Patrick Teoh telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.
Screen Shot 2013-01-16 at 12.51.36 PM
Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita. Dia tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.

Kredit= Oh Bulan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan