Pages

LykanHypersport SportCar Arab Pertama RM10.65 juta

LykanHypersport SportCar Arab Pertama  RM10.65 juta









LykanHypersport SportCar Arab Pertama  RM10.65 juta



DOHA, Qatar - Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai 

£2.2 juta 
(RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa 
Qatar di sini kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu 
lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.























Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan 
Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer 
sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.

Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j. Kereta sport Bugatti Veyron 
pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.





















Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna 
Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. - Agensi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan