Pages

Nazmi Faiz Mansor Putus Cinta? Twitter Kena Hack

Nazmi Faiz Mansor Putus Cinta?























Nazmi Faiz Mansor Putus Cinta? Tengku Fiella


Tidak dapat dipastikan apakah status hubungan mereka sekarang, namun kecoh hari ini apabila Nazmi Faiz yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut Twitter telah menulis status menuduh kekasihnya, Tengku Fiella sebagai penipu dan ‘pisau cukur’.
Bagi yang tidak tahu, pada pertengahan tahun lepas, Tengku Fiella dan Nazmi Faiz telah disahkan bercinta apabila mereka berdua saling berbalas mesej romantik di laman Facebook. Namun hari ini, akaun Twitter Nazmi telah menarik perhatian ramai peminat sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan.
Screen Shot 2013-01-15 at 9.27.17 AM
Screen Shot 2013-01-15 at 9.27.27 AM











Apa yang lebih memeranjatkan ialah sebuah lagi mensi yang dihantar kepada seorang selebriti, Johan A’sari, apabila dia seakan-akan diberi amaran. Apakah kaitan diantara Johan pada Nazmi dan juga Tengku Fiella?Screen Shot 2013-01-15 at 9.35.19 AM





Walau bagaimana pun, pemain bola sepak yang bermain untuk S.C Beira Mar (Liga Primeira, Portugal) ini telah menarik balik kenyataannya serta memadam status yang ditulis. Dia kemudian meminta maaf dan menjelaskan bahawa ada pihak yang telah menggodam akaun Twitter dan cuba mensabotajnya.
Screen Shot 2013-01-15 at 9.26.41 AM






Jadi, kepada pengguna Twitter, berhati-hatilah walau dimana saja. Pastikan akaun laman sosial anda juga sentiasa dilog keluar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan