Pages

Neelofa Tercalon 3 Kategori,Popularitinya Dipertikai Peminat

Neelofa Tercalon 3 Kategori,Popularitinya Dipertikai Peminat


Neelofa Tercalon 3 Kategori,Popularitinya Dipertikai Peminat


Setelah Top 5 ABPBH2012 diumumkan, kontroversi telah pun bermula. Ini semua gara-gara nama Neelofa tercalon untuk 3 kategori. Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa kali ini termasuk di dalam 5 finalis untuk 

kategori Pelakon TV Wanita Popular, 
Pelakon Filem Wanita Popular 
dan Pengacara TV Wanita Popular.

Sepanjang tahun 2012, Neelofa hanya memegang watak utama untuk filem Azura dan yang lain hanyalah watak sampingan. Filem Azura pula mendapat kutipan yang agak teruk.

Malah ada yang tidak berpuas hati kerana drama-drama lakonan Neelofa tidak begitu banyak. Kalau ada pun, hanya sebagai watak sampingan dan bukannya utama. Begitu juga dengan pengacaraan di mana mutu pengacaraan Neelofa di dalam Nona dan Meletop dipertikaikan oleh peminat.

Ada pembaca yang membuat spekulasi Neelofa mengundi diri sendiri. Namun Admin tak rasa begitu. Kita harus faham bahawa ABPBH ialah mengenai populariti dan bukannya jumlah filem/drama/rancangan TV yang seseorang artis itu keluar. Jadi bagi Admin, tahun 2012 memang populariti Neelofa melonjak tinggi kerana kontroversi yang tercipta. Apa pula kata anda?

Kredit,Disini Bermula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan