Pages

4 Sekolah Rembat Bantuan RM100 Pelajar

4 Sekolah Rembat Bantuan RM100 Pelajar





















4 Sekolah Rembat Bantuan RM100 Pelajar


KUALA LUMPUR 4 Feb: Ketika kerajaan berbangga dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat menjelang pilihan raya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan penyalahgunaan wang bantuan awal persekolahan oleh empat sekolah sekitar Semenanjung.

Beliau beralasan semua sekolah terlibat berbuat demikian bagi menggunakan wang tersebut untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud berkata, sekolah tersebut pecah amanah merembat RM100 duit bantuan khas pelajar dan ini sangat bertentangan tugas pendidik.

“Menarik wang itu kepada tabung aktiviti PIBG adalah tindakan diktator yang seolah-olah menafikan hak pelajar dan ibu bapa untuk mengawal selia wang bantuan terutama di kalangan pelajar miskin bagi tujuan persediaan awal anak-anak ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Veteran guru itu menegaskan, walaupun wang tersebut digunakan untuk kegunaan pelajar secara kolektif, pihak sekolah seharusnya lebih jelas pelajar mereka dari pelbagai latar ekonomi.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa bertindak proaktif melapor dan mempertahankan hak mereka jika ada sekolah yang tidak menyerah atau memotong jumlah wang bantuan tersebut yang sepatutnya sampai kepada mereka.“Kita takut penyelewengan seperti ini berulang.

Sekolah terbabit patut dikenakan tindakan. Kita tak mahu pelajar dan ibu bapa menjadi mangsa penipuan,” katanya.Sebelum ini, pelbagai isu turut dikait dengan penyerahan wang persediaan awal persekolahan 1Malaysia yang mula diagih sejak 15 Januari lalu termasuk isu unjuran agihan yang tidak diperbaharui, isu kepelbagaian yuran tambahan baru diperkenalkan dan dana kepada sekolah tidak mencukupi bagi tujuan aktiviti sekolah.

Kredit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan