Pages

Bangla Liwat Lembu Kantoi - Bengong!

Bangla Liwat Lembu Kantoi - Bengong














Bangla Liwat Lembu Kantoi - Bengong

Batu Pahat: Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh
cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini.

Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika
memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak
mengejarnya.

Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Pernah diberi amaran
Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi
diberi amaran oleh penduduk.

Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia
setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan.

Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit
berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain
pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya.

“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba
melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan.

“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang
sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum
menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan