Pages

Kadar Insurans Kenderaan Naik Mulai Hari Ini 15 Feb 2012

Kadar Insurans Kenderaan Naik Mulai Hari Ini 15 Feb 2012

















Kadar Insurans Kenderaan Naik Mulai Hari Ini 15 Feb 2012


Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.

Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini.

Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan