Pelakon Kuswadinata meninggal dunia,Al Fatihah


Pelakon Kuswadinata meninggal dunia,Al Fatihah




































Pelakon Kuswadinata meninggal dunia,Al Fatihah

PETALING JAYA: Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.
Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Onlinepetang Sabtu.
Menurut Irwan, Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga.
“Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang untuk malam ini.
“Insya-Allah, solat jenazah pada pagi esok di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi kami belum pasti di mana akan kebumikan sebab tunggu pengesahan pihak masjid, berkemungkinan sebelum tengah hari esok,” katanya.
Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar.
Pada 7 Oktober tahun lalu Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Selain Irwan, Allahyarham turut memilik tiga lagi anak iaitu Jasmine, 28, Hafsham, 27 dan Rizal, 24, hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.
Pada Oktober tahun lalu, anak bongsunya Rizal memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.
Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.
Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.
Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
Antara filem lakonannya lain adalah Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, KLU, Kaki Bakar, Tarik-Tarik, Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak, Kaca Permata, Kala Malam Bulan Mengambang dan Jalang.
* Sumber mStar Online

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink