Salih Yaacob Bersara? Akibat Sinar FM Diboikot
Salih Yaacob Bersara? Akibat Sinar FM Diboikot
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52,
mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .
Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang,
bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Baca: Video Salih Yaacob akal pendek kutuk PKR
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal
kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,"
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini
p/s: Masyuk banyak ke ..hingga nak bersara..
Source
Tiada ulasan:
Catat Ulasan