Pages

Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak bayar Tambang Teksi

Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak bayar Tambang Teksi























Remaja Dibakar Hidup-Hidup Tak bayar Tambang Teksi



Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.

Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang cuba untuk tolong. Di Mexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi. 

entah berapa nilai tambang tu,,sampai pemandu-pemandu teksi membakar remaja itu,,,Ngeri...








Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Beban Hutang (HARUS BACA)

Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Beban Hutang (HARUS BACA)








Nabi Muhammad Mengajar Kita Untuk Keluar Dari Beban Hutang (HARUS BACA)



Semua orang berhutang. Tiada apa yang perlu dimalukan.
Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul.
Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita.
Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk.
Berikut adalah doa yang Nabi Muhammad saw ajar kepada kita yang baik untuk diamalkan pagi dan petang untuk mengatasi masalah bebanan hutang.

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari belenggu hutang dan tekanan manusia.”
Apa yang kita maklum, berdoa sahaja tidak menyelesaikan masalah. Duit tidak datang bergolek-golek selepas kita mengaminkan sesuatu doa. Namun doa yang Nabi saw ajar ini mengandungi pengajaran yang penting.
Iaitu 4 langkah yang perlu kita buat apabila mahu keluar dari bebanan hutang.

1. Hilangkan perasaan susah dan sedih

Mula-mula perlu buang perasaan negatif ini.
Kerana mereka yang mempunyai belenggu hutang yang besar secara automatik mempunyai perasaan gundah gulana sebegini. Iyalah, hutang sudah keliling pinggang. Takkanlah nak berjoget seronok pula.
Justeru, kita kena akui kita ada situasi hutang.
Ya, kena akui.
Bukan berada dalam dalam penafian (mode of denial).
Jangan tangguh. Hadapi situasi tersebut.
Ini adalah langkah pertama yang paling penting, akui kesilapan kewangan kita dan hidup mesti terus.

2. Tanam sifat rajin

Selepas berlaku jujur dengan diri sendiri maka langkah seterusnya adalah menjadi orang rajin.
Orang yang berjaya semuanya orang yang rajin.
Walaupun ulat bawah batu pun boleh hidup, tapi adakah kita mahu duduk bawah batu atau hidup dalam rumah yang besar?
Kena rajin bekerja, buat bisnes dan cari pendapatan tambahan.
Tiada alasan.

3. Kena jadi berani dan banyak bersedekah

Ada banyak keadaan memerlukan kita jadi berani.
Jika bos tidak menghargai kita dengan memberi gaji rendah, kita mesti berani berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain.
Bisnes pertama gagal, berani untuk tutup kedai dan mula semula dengan buat bisnes yang lain.
Yang paling penting, mesti berani menjual. Namun kebanyakan kita tidak berani menjual sedangkan Allah swt telah menghalalkan bisnes.
Dan pada masa yang sama, banyakkan beri sedekah, bantu orang lain walaupun kita masih lagi belum keluar dari belenggu hutang sepenuhnya.
Ya, jangan jadi kedekut dan bakhil. Jadilah orang yang pemurah untuk keluar dari belenggu hutang.
Give first, earn later.

4. Bayar hutang dengan sistematik

Apabila kita telah membuat 3 langkah yang awal, maka tibalah masa untuk kita menyusun semula hutang-hutang dengan baik supaya kita dapat menyelesaikannya dengan lebih cepat.
3 langkah sebelum ini menjadikan kita orang yang ada pendapatan lebih.
Namun jika duit lebih itu tidak dimanfaatkan untuk membayar hutang dengan sistematik maka kita tidak dapat keluar dari belenggu hutang ini dengan cepat.
Maka sebab itulah kita perlu berjumpa dengan pihak yang kita ada hutang dan membuat semula penstrukturan hutang yang sesuai. Ketika waktu beginilah kita menghadapi tekanan manusia lain khususnya tekanan pihak yang bagi / pembiaya seperti bank datang menuntut hutang daripada kita dengan pelbagai cara dan kaedah.
Ya, hadapi mereka dan berbincang secara baik.
Ada jalan keluarnya.

Usaha + Doa (Tawakal) = Bebas Hutang

Maka inilah fungsi doa dalam kehidupan. Setelah kita berusaha dengan cara yang betul, Allah akan menguruskan yang lain atau dengan maksud yang lain, bertawakal selepas kita berusaha.


Lahad Datu: Pengganas Sulu Mengganas , Harta Penduduk DImusnahkan

Lahad Datu: Pengganas Sulu Mengganas , Harta Penduduk DImusnahkan




Lahad Datu: Pengganas Sulu Mengganas , Harta Penduduk DImusnahkan


Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.
Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.
Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.
Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.
Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.
"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.
"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.





Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.

Gambar : JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.

“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.







\



Gambar : PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.

Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.

Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.

Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja

Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja





















Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja



Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

Kosmo

Lawak Ke Der 2 Full Movie Online

Lawak Ke Der 2 Full Movie Online















Lawak Ke Der 2 Full Movie Online


Lawak Ke Der 2 adalah satu persembahan pentas berkonsepkan komedi yang menampilkan barisan pelawak terkenal negara iaitu Nabil, Boboi, Jozan serta Harith Iskander. Ia diarahkan oleh penerbit/pengarah/pelakon terkenal, Hans Isaac dan filem ini mencatat sejarah di mana ia merupakan persembahan teater pertama yang dibawakan ke pawagam.

Tonton Lawak Ke Der 2 Online



Lawak Ke Der 2 Full Movie (2013) (HD)





Kredit

OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah

OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah
























OPS DAULAT : Mau Syahid Macam Ayah



Beberapa hari sebelum kejadian, ayahnya pernah berpesan supaya memandikan jenazahnya apabila meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila ayah secara tiba-tiba memberi pesanan itu dan tak sangka kata-kata itu tanda pemergiannya buat selama-selama.

“Saya tak faham kenapa ayah berkata sedemikian ketika kami berada di tempat kerjanya. Ketika itu, saya hanya menjawab ‘ya’ dan hairan, tapi tak sangka perkara ini akhirnya berlaku,” katanya.

“Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul,azizulhakim91.blogspot.com Semporna pada 2 Mac lalu.

Menurut anak sulung empat beradik ini, kejadian yang meragut kegembiraan mereka sekeluarga benar-benar memberi impak dalam dirinya.

“Pemergian ayah tak pernah membuatkan saya lemah, sebaliknya lebih gigih untuk berusaha mencapai cita-cita bergelar juruterbang jet pejuang supaya dapat menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini dia sering menemani ayahnya yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau sehingga timbul minat menjadi juruterbang.

“Selepas kejadian serangan sehingga ayah terkorban, semangat untuk bergelar juruterbang jet pejuang makin berkobar-kobar.

“Ketika hayatnya, ayah sentiasa menyokong cita-cita saya, termasuk memberi semangat,” katanya.

Menurut Shazreen, dia menjadikan keberanian ayahnya sebagai idola dan pendorong untuk berjuang demi negara.

SUMBER

Bas Pakatan Rakyat Musnah Kena Bakar DI Kedah?

Bas Pakatan Rakyat Musnah Dibakar DI Kedah?




Bas Pakatan Rakyat Musnah Dibakar DI Kedah?

Sebenarnya Bas Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat yang diberitakan hangus terbakar di Alor Setar itu adalah karut,dusta,gila,fitnah,dan itulah kerja jahat Umno melalui macai-macainya utk mewujudkan suasana tidak aman dalam negara kita ini..



Dengan bersumberkan ISRAEL TIMES,mereka Umno telah mengedit gambar Bas Jelajah Merdeka seolah-olah Rakyat Kedah Ganaz seperti mana macai-macai Umno menyerang jentera kempen Pakatan Rakyat di banyak tempat seluruh negara.. (Macai Umno suka baca ISRAEL TIMES) pelik rasanya!!


Menurut Israel Times.Bus hangus terbakar dibomb boleh dirujuk click sini www.timesofisrael.com dengan menggunakan gambar tersebut kemudian diedit seolah-olah Bas Jelajah merdeka telah di hangus di bakar di Alor Setar!!! jahat dan amat busuk hati Umno nih..
Disinilah bermula berita fitnah Umno, click sini Macai UMNO apa yang boleh admin katakan,jika tidak membawa fitnah ianya bukan Umno,umno dan fitnah tak dapat dipisahkan selamanya jika anda sayangkan negara ini dari gejala fitnah yang berleluasa,apa yang perlu anda lakukan ialah..dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti PAKATAN RAKYAT membawa perubahan yang lebih baik.

Cara Orang Jepun Ucap Terima Kasih Di JalanRaya

Cara Orang Jepun Ucap Terima Kasih Di JalanRaya | Japanese say 'Thank you' on the road 














Cara Orang Jepun Ucap Terima Kasih Di JalanRaya | Japanese say 'Thank you' on the road 

Beginilah cara rakyat Jepun mengucapkan terima kasih di jalan raya apabila diberi laluan. Jika di Malaysia, ramai juga yang mengamalkan sikap angkat tangan tanda terima kasih. Tapi ada juga yang orang dah bagi laluan, jangan kata nak angkat tangan, pandang pun tidak. Heh!




Primadona Dikritik Kerana Seksi

Primadona Dikritik Kerana Seksi





















Primadona Dikritik Kerana Seksi


SEMENJAK ditayangkan pada 2 November tahun lalu, rancangan bual bicara, Primadona kelolaan empat selebriti popular -

Ziela Jalil, Raja Azura, Erra Fazira dan Rozita Che Wan semakin mendapat perhatian ramai.

Biarpun dipuji kerana kandungan program dan cara penyampaian yang lebih segar, rancangan ini tidak terlepas daripada mendapat kritikan.

Antaranya berkaitan cara pemakaian tiga hos program ini iaitu Erra, Rozita dan Raja Azura atau Kak Engku yang disifatkan kurang sopan, biarpun antara tetamu jemputan yang hadir terdiri daripada tokoh agama.

Paling ketara, aktres jelita, Rozita Che Wan yang mengenakan skirt paras lutut sehingga menampakkan bahagian betis dan pahanya.


Menjelaskan mengenai pemakaian hos terbabit, Penerbit Eksekutif Primadona, Noor Haina Itam menjelaskan, pemakaian pengacara disediakan oleh hos itu sendiri kecuali Raja Azura yang meminta pihak Astro menyediakan untuknya.

"Sejak awal lagi, kita sudah ingatkan kepada mana-mana pengacara bahawa mereka hanya dibenarkan memakai skirt di bawah paras lutut dan Erra serta Rozita mengikut peraturan itu.

"Jadi, selalunya jika mereka memakai skirt, mereka akan pakai skirt di bawah paras lutut. Namun kita menerima secara positif komen daripada penonton dan selalunya pihak produksi dan pengacara akan berjumpa untuk memperbaiki segala kelemahan. Terima kasih kepada penonton yang prihatin dengan perkara itu," jelasnya kepada Zass.

Haina berkata, penonton juga harus memahami bahawa program berkenaan bukannya program agama, namun pihak produksi gemar menjemput individu yang arif tentang soal agama untuk menjawab segala persoalan kerana merasakan mereka lebih sesuai dalam memberikan nasihat.

"Program ini adalah program universal. Oleh kerana itu, pengacara akan berpakaian yang sesuai mengikut episod. Bagaimanapun, jika penonton perasan, sejak akhir-akhir ini, ketiga-tiga pengacara terutamanya Rozita tampil lebih sopan dengan memakai dress," ujarnya.

Masuk musim kedua

Menyentuh mengenai perkembangan program tersebut, Haina berkata, memasuki musim kedua, Primadona bakal bersiaran secara langsung bermula 3 Mei ini, setiap Jumaat jam 9 malam.

Katanya, rakaman untuk musim pertama telah pun selesai dan akan berakhir pada April ini.

"Buat masa ini, pihak kami masih menanti jawapan daripada keempat-empat pengacara sama ada mereka akan terlibat lagi pada musim kedua atau tidak, dan mereka dijangka menghantar jawapan pada minggu ini juga.

"Saya berharap akan menerima khabar gembira daripada mereka kerana sebelum ini ada yang memaklumkan terikat dengan tawaran berlakon dan tidak pasti dapat terlibat atau tidak.

"Pihak produksi juga sehingga kini tidak ada perancangan untuk menukar pengacara bagi musim kedua ini.

"Namun yang akan bertukar adalah set program ini," katanya.

Kamehameha Trend Baru Photoshoot Remaja Jepun

Kamehameha Trend Baru Photoshoot Remaja Jepun





Kamehameha Trend Baru Photoshoot Remaja Jepun

Pelajar perempuan sekolah di Jepun biasanya berposing dengan membuat muka comel dan membuat lambang peace di depan kamera. Tetapi sejak dua menjak ini mereka mempunyai kegilaan baru dimana mereka mengambil gambar melakukan aksi ala Dragonball. Ada yang melakukan aksi Kamehameha dan ada juga melakukan aksi Bola Jiwa. Kegilaan ini muncul kerana tidak lama lagi filem terbaru Dragonball akan muncul di pawagan. Ia merupakan filem animasi pertama Dragonball dalam masa 17 tahun. Wow! Adalah kegilaan ini akan tiba di Malaysia?







Ezad Exist Kahwin Diam Diam? Tahniah

Ezad Exist Kahwin Diam Diam? Tahniah
























Ezad Exist Kahwin Diam Diam? Tahniah


Dalam diam, hari ini merupakan hari bahagia buat Ezad Exist. Sebentar tadi, Ezad telah sah bergelar suami kepada Nor Azeana binti Haji Ramli. Tidaklah pula diketahui apa punca Ezad tidak menghebahkan perkahwinannya. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
























Wanita di atas ialah isteri Ezad Exist. Memang cantik orangnya. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nantikan update gambar yang seterusnya. Info dan gambar kredit kepada The Philosophy Pictures.

10 Sebab Running Man Sangat Popular

10 Sebab Running Man Sangat Popular



10 Sebab Running Man Sangat Popular



1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.

2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.

4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.

5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).

6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?

7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.

8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.

9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.

10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.



10 Sebab Running Man Sangat Popular | Jadi mengapakah Running Man begitu popular? Running Man tidak dihiasi oleh lelaki-lelaki super kacak dan wanita-wanita super cantik yang sering menjadi resipi mana-mana program televisiyen.


Secara jujur, sekali anda sudah menonton Running Man, anda pasti akan ketagih. Setiap episod mempunyai kisahnya yang tersendiri dan yang pasti, akan membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Boleh sakit perut dibuatnya.





Kredit

Live Streaming Kelantan Vs ATM Liga Super | 29 Mac 2013

Live Streaming ATM vs Kelantan Liga Super | 29 Mac 2013


















Live Streaming Kelantan Vs ATM Liga Super | 29 Mac 2013


Perlawanan diantara pasukan Kelantan Vs ATM  dalam acara Liga Super 2013 bagi membawa pula 3 mata penuh. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan bermula jam 8:45 Malam.



Jika ada sebarang masalah cuba refresh laman anda,dan sekiranya tidak berjaya sila klik ke link altenatif ,pihak kami memohon maaf atas kesulitan dalam masalah server yang cuba dikongsikan kepada anda




Link Altenatif







Mujahidin Syria,Berjaya Memusnahkan Kapal Terbang tentera Iran (Video)

Mujahidin Syria,Berjaya Memusnahkan Kapal Terbang tentera Iran (Video)










Mujahidin Syria,Berjaya Memusnahkan Kapal Terbang tentera Iran (Video)


Kapal terbang milik tentera Iran terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Dimasyq, Syria.

Ada laporan menyebut kapal terbang kargo ini membawa bekalan senjata dari Iran dan terkena tembakan mujahidin FSA. Sumber lain pula mendakwa berlaku perlanggaran dengan pesawat lain.

Sumber= Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam




Sebuah pesawat Iran yang membawa muatan senjata, peluru dan juga Tentera Republikan ditembak jatuh oleh FSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik. Tembakan menyebabkan pesawat ini terbakar, gagal untuk mendarat, ketika terhempas pesawat ini turut menyebabkan pesawat berdekatan dan lapangan terbang terbang terbakar. Rejim menafikan berita pesawat berkenaan ditembak jatuh sebaliknya mendakwa gangguan elektrik yang menyebabkan kebakaran yang berlaku di lapangan terbang berkenaan dan rejim mengarahkan semua pesawat yang tiba bertukar ke Lapangan Terbang Suwaida yang terletak diselatan Syria.

Sٍyria rebels destroy plane carrying Iranian arms: activists