Pages

Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja

Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja





















Lahad Datu: Hantu Pengganas Sulu Muncul Pada Waktu Senja



Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.

Kosmo

2 ulasan:

  1. lancau kau lah! Pandai2 menokok tambah ceta..apa dah!

    BalasPadam
  2. Kalau lu ada lancau cuba2lah p kwsan tu pada waktu senja betul ke x dakwaan mereka. Hehehe

    BalasPadam