Pages

Gambar Cantik Puteri Sarah Liyana Berhijab, Bertudung Penuh (6 Gambar)

Gambar Cantik Puteri Sarah Liyana Berhijab, Bertudung Penuh 






Gambar Cantik Puteri Sarah Liyana Berhijab, Bertudung Penuh 



Jika minggu lepas pelakon, Puteri Sarah cuba berhijab penuh, khabar terbaru yang singgah memaklumkan dia kini tampil dengan imej bertudung sepenuhnya.


Dia yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan melahirkan rasa syukurnya;
"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."

Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas. 

Sudah menjadi lumrah dunia apabila perubahan seseorang ke arah positif sudah pasti akan menjadi perhatian dari sudut negatif dan tidak kurang yang memberi cacian.

Baru-baru ini Puteri Sarah telah pun mula berhijrah dengan berhijab dan kini sedang menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Namun ada sesetengah pihak menganggap perubahan Puteri Sarah adalah kerana perpisahannya dengan bekas teman lelakinya, Ammar Alfian, sejak tahun lalu.

Perkara tersebut dinafikan sama sekali oleh Puteri Sarah yang menganggap sememangnya dia sudah terdetik untuk mengenakan hijab selepas membintangi beberapa siri drama yang memakai tudung.

Terdapat beberapa drama bersiri yang masih menunjukkan Puteri Sarah tidak memakai tudung namun tidak menghalang dia untuk teruskan niat memakai hijab. Kini Puteri Sarah selesa mengenakan selendang jika keluar dari rumah dan ianya datang dari diri sendiri bukan kerana paksaan.

Tambah Puteri Sarah lagi, ayahnya turut memberi teguran sudah tiba masanya untuk memakai tudung dan berpakaian sopan.

Apa yang dikesalinya adalah segelintir pihak yang yang mempersoalkan tindakannya dalan tempoh percubaan untuk berhijab.

Tambahnya, memang sejak dari dulu lagi ibu bapa selalu menyuruhnya agar bertudung.  Namun ketika itu, dia tidak menghiraukan permintaan kedua orang tuanya itu.
Tetapi sekarang kata Puteri Sarah, perubahan ini adalah atas kesedaran dirinya sendiri dan bukannya kerana mahu turutkan kehendak orang lain atau 'trend' masa kini. Selain cuba berhijrah dengan berhijab penuh, dia juga mula mengikut ibunya pergi ke majlis-majlis ceramah agama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan