Pages

Jakim Lancar Aplikasi Smartphone Jejak Premis Halal



Jakim Lancar Aplikasi Smartphone Jejak Premis Halal
































Jakim Lancar Aplikasi Smartphone Jejak Premis Halal

APP SCREENSHORTS HALAL SQUARE & HALAL INSIDE




Umat Islam kini boleh mengesan premis yang memiliki sijil halal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi 'Halal Square'dan 'Halal Inside'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sistem itu memaparkan carian status halal syarikat, produk, premis makanan dan menu yang tersenarai dalam direktori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta lengkap dengan tarikh luput sijil halal.

"Ia mampu memberikan maklumat dimana nak cari restoran dan juga premis makanan yang bukan sekadar halal tetapi ada sijil halal dari Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu di sini hari ini.


Pengguna telefon pintar berasaskan Android, ios dan Windows Phone 8 boleh memuat
turun aplikasi itu secara percuma bermula hari ini.

Aplikasi itu dibangunkan dengan kerjasama strategik antara Jakim dan syarikat reka
bentuk litar elektronik, Malaysia Microelectronic Solutions Sdn Bhd (My-MS).
Jamil Khir berkata, pelaksanaan aplikasi itu dilihat dapat merancakkan industri halal
dalam negara.

"Siapa yang dapat sijil halal ia semacam diiklankan pula dalam telefon bimbit yang ada
aplikasi Halal Square dan Halal Inside dan ini merupakan satu peluang tambahan
kepada peniaga," katanya, sambil berharap My-Ms dapat memperluaskan penggunaan
aplikasi itu meliputi produk farmaseutikal dan barangan kecantikan wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif My-MS Sdn Bhd Amirul Syafiq Ali berkata, aplikasi Halal
Square adalah berasaskan teknologi 'near field communication' dan 'geo location' yang
berupaya menunjukkan arah dan jarak perjalanan ke premis makanan halal terbabit.

"Manakala Halal Inside pula membolehkan pengguna mengemas kini status dan
berinteraksi sesama rakan mengenai premis halal terbabit secara 'real time'," katanya.

Amirul Syafiq menambah pengguna aplikasi terbabit boleh menggunakannya di seluruh
dunia bagi mencari premis makanan halal yang disahkan oleh badan atau agensi Islam
yang mempunyai hubungan dengan Jakim. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan