Pages

Kereta Kebal ATM Dan 7 Batalion Tentera Malaysia Sampai Di Lahad Datu

Kereta Kebal ATM Dan 7 Batalion Tentera Malaysia Sampai Di Lahad Datu










Kereta Kebal ATM Dan 7 Batalion Tentera Malaysia Sampai Di Lahad Datu




Gerakan memburu lanun-lanun Sulu masih diteruskan. Kelihatan kereta kebal ATM telah mula diangkut ke kawasan operasi. Kereta kebal milik pasukan tentera tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu pada Isnin. Pasukan polis meneruskan operasi mencari penceroboh bersenjata yang masih bersembunyi di Lahad Datu, Semporna dan Kunak selepas pertempuran senjata pada Jumaat.

 keadaan menjadi tegang di Kampung Salimbungan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, memaksa pekedai menutup kedai masing-masing apabila anggota polis ditempatkan di kawasan sekitar bandar ini.









Penduduk kampung tersebut, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada bandar Semporna diarahkan meninggalkan rumah masing-masing selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mula berkawal di beberapa lokasi.

Dipercayai pasukan itu sedang mencari kumpulan lelaki bersenjata Sulu yang mungkin menyelinap masuk ke kampung berkenaan selepas pertempuran senjata di kampung Siminul yang terletak berdekatan.






KOTA KINABALU: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin mengesahkan tujuh batalion tentera dari Semenanjung dihantar ke Sabah setakat ini.


Bercakap dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi, lima batalion ditempatkan di Lahat Datu,

manakala masing-masing satu batalion di Sandakan dan Tawau. Beliau mengadakan sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkembangan terkini berhubung insiden pencerobohan di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini.




Kredit Video= xlupa.com









Tiada ulasan:

Catat Ulasan