Pages

Krisis Lahad Datu:"Ops Daulat" 'Dilancarkan

Krisis Lahad Datu:"Ops Daulat" 'Dilancarkan


















Krisis Lahad Datu:"Ops Daulat" 'Dilancarkan

Berikut ialah antara petikan kata-kata berhubung 'Ops Daulat' yang dilancarkan pihak keselamatan negara ke atas pengganas asing bersenjata di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu, Sabah Selasa.

* Serangan terhadap penceroboh di Lahad Datu diambil bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara memandangkan usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah tidak diendahkan oleh musuh.

*Saya berasa dukacita bahawa niat yang baik dan murni telah dibalas dengan tindakan menembak membunuh dengan cara yang sangat kejam yang dilakukan terhadap anggota polis kita. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

* Penceroboh di Lahad Datu boleh didakwa di mahkamah Malaysia kerana membunuh. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

* Malaysia sudah sentiasa bertolak ansur, pendirian tegas ini merupakan satu keadilan untuk semua pihak bagi mempertahankan kemakmuran Malaysia. - Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Datuk Muhammad Abdul Ghani.

* Masanya telah tiba untuk kita bertindak untuk mengelak lebih ramai anggota kita yang menjadi korban. - Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

* Selama ini kita telah membantu secara terbuka membenarkan mereka berada di Sabah mencari nafkah dan kerajaan juga sebelum ini menjadi orang tengah untuk berunding masalah di Selatan Filipina.

* Namun bukan sahaja mereka tidak menyanjung tinggi malahan menyusup masuk dan menembak mati pegawai keselamatan kita yang tidak berniat pun untuk membunuh mereka tetapi mahu berunding. - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan