Pages

Lagu Yuna Shine Your Way Dinyanyikan Oleh Top 10 American Idol 2013 (Video)

Lagu Yuna Shine Your Way Dinyanyikan Oleh Top 10  American Idol 2013 (Video)





Lagu Yuna Shine Your Way Dinyanyikan Oleh Top 10  American Idol 2013 (Video)



Rakyat Malaysia pasti berbangga apabila lagu nyanyian Yunalis Zarai atau Yuna, Shine Your Way yang merupakan runut bunyi filem The Croods bakal dipersembahkan oleh sepuluh finalis American Idol musim ke 12.

Lagu tersebut bakal dinyanyikan secara berkumpulan oleh finalis-finalis tersebut pada malam keputusan (result show) yang bakal disiarkan esok (Jumaat), jam 7.00 petang menerusi saluran 711, StarWorld dan siaran tertunda menerusi saluran 8TV pada Sabtu, jam 10.30 malam.

Sepuluh finalis yang berjaya meneruskan perjalanan dalam American Idol adalah Lazaro Arbos, Janelle Arthur, Curtis Finch Jr, Candice Glover, Kree Harrison, Amber Holcomb, Paul Jolley, Angie Miller, Burnell Taylor dan Devin Velez.

Sementara itu, Shine Your Way ditulis oleh Adam Young, Alan Silvestri dan Glen Ballard dan ia dirakamkan untuk kredit akhir filem terbitan Dreamworks Animation yang bakal berada di pawagam pada 21 Mac ini.

Yuna kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi artis rakaman Verve Music Group.Shine Your Way menyaksikan Yuna berkolaborasi dengan kumpulan Owl City.




Shine Your Way Yuna + Owl City








Shine Your Way - American Ido2013






1 ulasan:

  1. Greеtings! I know this iѕ kіnԁ of off topic
    but I was ωоndeгіng which blog platform агe yоu usіng foг this
    site? Ι'm getting fed up of Wordpress because I've haԁ pгoblems with hacκerѕ and
    I'm looking at options for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.

    Also visit my web blog: Glee Season 4 Episode 16 Feud

    BalasPadam