Lahad Datu: 28 Mayat Pengganas Sulu Dikebumikan Hari Ini

Lahad Datu: 28 Mayat Pengganas Sulu Dikebumikan Hari Ini

















Lahad Datu: 28 Mayat Pengganas Sulu Dikebumikan Hari Ini


LAHAD DATU - Kesemua 28 mayat pengganas militan yang dibawa keluar dari zon merah akan dikebumikan dahulu sementara menunggu tuntutan mana-mana pihak, kata Timbalan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ini bagi memastikan ancaman kesihatan tidak timbul selain kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, mana-mana pihak yang ingin menuntut mayat pengganas itu sama ada dari dalam atau luar negara boleh berbuat demikian dengan mengemukakan sampel DNA mereka dan sekiranya ia berpadanan mayat itu akan diserah kepada mereka.

"Bagi pemohon di luar negara, tuntutan boleh dikemuka menerusi Kementerian Luar, manakala bagi pemohon di dalam negara urusan tuntutan boleh dibuat terus kepada polis," katanya.

Beliau berkata tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Isnin lepas antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Interpol. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan lokasi mayat itu dikebumikan. Zulkifeli berkata operasi Daulat masih diteruskan dan kini di peringkat pembersihan di kawasan Tanjung Batu.

Beliau berkata pasukan keselamatan memerlukan beberapa hari lagi untuk operasi penggeledahan dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan itu bagi memastikan keselamatan terjamin sebelum membenarkan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing

"Ia mengambil masa disebabkan faktor muka bumi dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan perumahan yang menyukarkan operasi ini selain tanaman kelapa sawit, paya dan hutan bakau

"Kami akan menggeledah semua kawasan bagi memastikan tiada musuh berselindung sebelum penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Zulkifeli berkata dalam operasi penggeledahan di Tanjung Batu semalam, pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas yang dipercayai ditembak mati pada 6 Mac. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas, 10 anggota pasukan keselamatan
terkorban, terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera manakala 62 militan dari
selatan Filipina ditembak mati.

Pasukan keselamatan turut menahan 265 individu kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain. - Bernama

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink