Pages

Shopping Di Tesco Secara Online Di Rumah

Shopping Di Tesco Secara Online Di Rumah





Shopping Di Tesco Secara Online Di Rumah



pihak Tesco Malaysia akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun dimulakan, membolehkan
pengguna membuat pembelian terus daripada kaca monitor anda.

Seperti biasa, memandangkan ia masih pada peringkat permulaan, maka kawasan liputannya
adalah masih terhad. Buat masa ini, Tesco Malaysia menawarkan perkhidmatan mereka di
sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor, dimana kedudukan berdekatan dengan pasaraya
Tesco diberikan keutamaan. Sebuah halaman khas turut disediakan membolehkan pengguna
menyemak sendiri sama ada kawasan mereka diliputi ataupun tidak.

Dari segi produk, pelbagai jenis produk mengikut kategori masing-masing ditawarkan melalui

laman web Tesco, membolehkan pengguna membuat tempahan dan dihantar terus ke alamat
rumah mereka.



Sebaik sahaja membuat tempahan, pengguna boleh memilih masa penghantaran, dan
membuat pembayaran setelah menerima barangan. Namun, untuk tujuan harga, Tesco
menggunakan istilah “Guide Price“, dimana ia berdasarkan kepada harga hari penghantaran
dan bukannya ketika tempahan.


Pada masa yang sama, untuk tujuan penghantaran, kelihatan tambahan RM10 dikenakan.
Namun, sekiranya anda membuat tempahan pembelian untuk pelbagai barangan dan dalam
kuantiti tinggi, mungkin ia agak berbaloi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak perkhidmatan Tesco Malaysia eShop hari
ini, dan mula membuat pembelian menggunakannya.-Amanz.my

Kerdit- xlupa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan