Home » , , , » Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari ( video)

Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari ( video)

Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari


















Bapa ditahan kerana Benarkan anak 9 tahun pandu Ferrari


NEW DELHI - Polis di bandar Kerala di sini memfailkan dakwaan ke atas seorang lelaki kerana membenarkan anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari miliknya. 

Mohammed Nisham dikenakan dakwaan membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kereta, jelas Inspektor M.V. Verghese. 

Isteri Nisham merakamkan aksi anaknya memandu kereta sports tersebut sewaktu majlis hari jadi kesembilan tahun dua minggu lalu. Video itu turut menunjukkan adiknya yang berusia tujuh tahun duduk di kerusi penumpang kereta sama. 

Video itu kemudian tersebar di YouTube dan menimbulkan kemarahan orang ramai sekali gus memaksa polis menfailkan dakwaan. 

Menurut Verghese, Nisham yang terlibat dalam perniagaan tembakau dan hartanah memiliki 18 buah kereta mewah dianggarkan bernilai AS$4 juta (RM12 juta). 


Dia telah meminta untuk membayar wang jaminan dan dijangka menyerah diri di balai polis bandar Kochi. Polis juga akan menyita kereta mewah terbabit ketika kes itu disiasat. 
"Saya bangga dengannya. Dia sudah memandu sejak berusia lima tahun. Kami membenarkan dia memandu Ferrari pada hari jadinya selepas meminta kebenaran selama berbulan-bulan," kata ibu kanak-kanak tersebut, Amal Nisham.
Budak lelaki itu sebelum ini juga pernah memandu Lamborghini, Bentley dan kereta mewah lain milik ayahnya.sumber:kosmo

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink