Pages

Inilah Wanita Dalam Hidup Zizan

Inilah Wanita Dalam Hidup Zizan




Inilah Wanita Dalam Hidup Zizan






Benarlah kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah juga dengan Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Zizan Razak

Selain sokongan padu daripada peminat, kerjaya seni artis pelbagai bakat berusia 29 tahun itu banyak berhutang budi pada keluarga serta ibunya sendiri, Anai Ibrahim, 56. 
Selasa lalu, nama wanita terbabit diumumkan sebagai seorang daripada penghantar borang undian terbanyak ABPBH 2012 pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan Holiday Villa Hotel & Suites, Subang. 


Anai yang berbangga dengan kejayaan anak bongsunya mengakui tidak pernah membeli surat khabar untuk mengundi Zizan. Sebaliknya, nama wanita ini digunakan oleh peminat artis komedi terbabit dalam borang undian tanpa pengetahuannya. 

Namun Anai yang juga seorang suri rumah berkata, hubungannya dengan anggota kelab peminat, Zizan Twitter Family, memang akrab. Malah, sepanjang proses undian berlangsung, dia sering berulang-alik antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur, semata-mata untuk meniupkan kata-kata semangat buat peminat anaknya. 

“Sepanjang tempoh mengundi, boleh dikatakan setiap dua minggu sekali saya turun ke Kuala Lumpur bertemu peminat Zizan. Biasanya kami akan berkumpul di satu tempat untuk memangkah undi bersama-sama. Namun, kehadiran saya lebih kepada untuk memberikan motivasi kepada mereka. 

“Selama Zizan dicalonkan dalam ABPBH, saya tidak pernah mengundi. Bahkan, saya tidak tahu menahu langsung mereka menggunakan nama saya dalam borang undian,” katanya. 
Berkorban demi anak 

Menurut Anai lagi, sejak anaknya berkecimpung dalam dunia seni, masanya lebih banyak dihabiskan di ibu kota berbanding Terengganu, apatah lagi anak sulungnya juga menetap bersama Zizan. 

Lagipun, dia faham kesibukan Zizan banyak mengekang waktu pemuda terbabit, sehingga tidak dapat kerap pulang ke kampung. 

Sebagai ibu pula, Anai sanggup berkorban demi anak kesayangannya. 

“Saya faham dia sibuk, jadi dia jarang dapat pulang ke kampung. Jika ada cuti sehari biasanya saya melarang Zizan daripada balik ke Terengganu kerana saya bimbangkan keadaan dirinya. Saya tidak mahu dia penat disebabkan terburu-buru,” tegas Anai. 

Zizan bawa rakan wanita bertemu ibu 

Ketika ditanya pandangannya mengenai gosip cinta membabitkan pelakon Mael Lambong itu pula, Anai memaklumkan, dia tidak pernah campur tangan dalam soal membabitkan teman hidup anak bujangnya. 

Mengaku cukup akrab bersama anaknya, Anai turut mendedahkan Zizan pernah membawa pulang beberapa wanita ke rumah, untuk diperkenalkan kepadanya, termasuklah dua pelakon wanita berwajah Pan Asia, Juliana Evans dan Emma Maembong. 

Namun menurut Anai, Emma sudah dikenalinya sejak dua tahun lalu apabila finalis kategori Artis Baru Wanita Popular itu itu berkunjung ke rumahnya ketika Hari Raya. 

“Saya tidak kisah siapa pun wanita yang menjadi pilihan Zizan, sama ada artis ataupun orang biasa. Malah, dari mana asal gadis berkenaan pun bukannya hal utama. Semuanya terpulang kepada Zizan untuk menentukan. Paling penting, bakal isterinya harus memahami kerjaya Zizan yang sentiasa sibuk, dan wanita terbabit juga tidak boleh mudah rasa cemburu. 

Berkenan dengan Juliana Evans 

“Setiap kali mengenali seseorang wanita, memang menjadi kebiasaan Zizan membawa temannya untuk bertemu saya. Namun saya faham perangai anak saya, selalunya hubungannya tidak lama. 

“Saya tidak pernah campur tangan dalam setiap perhubungannya, cuma Zizan seolah-olah boleh membaca perasaan saya. Jika ada wanita yang saya rasakan tidak serasi di jiwa, Zizan seperti boleh hidu dan biasanya hubungan itu tidak bertahan. 

“Buat masa ini pula dia belum memberitahu saya, siapa teman wanitanya. Cuma sepanjang memperkenalkan beberapa wanita kepada saya, saya berkenan dengan Juliana. Tetapi saya tahu, kasih sayang yang wujud antara mereka tidak lebih sekadar teman rapat,” katanya. 

1 ulasan:

  1. First of all I would like to say great blog! I had a quick question
    in which I'd like to ask if you don't mind.

    I was interested to find out how you center yourself and clear your thoughts
    before writing. I have had a difficult time clearing my thoughts in
    getting my ideas out. I truly do enjoy writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes are wasted just trying to figure out how to begin.
    Any ideas or tips? Cheers!

    Feel free to visit my homepage; louboutin shoes

    BalasPadam