Pages
▼
Video Bobo Promosi Filem Adnan Sempit 3 | Gentleman Parody
Adnan Sempit 3 kembali dan akan menemui anda pada 2013 tidak lama lagi. hehehe..mesti ramai yang tak sabar melihat lawak jenaka yang bakal ditampilkan oleh Dato Nan kan. Yang pastinya dalam sekuel yang ke 3 kali ini, Adnan sudah berjaya berkahwin dengan Nadia. wah! Apa yang Mig Online dapat katakan, sekuel ke 3 ini lebih menarik dan korang boleh ketawa sampai bumbung mahu jatuh.
Kadar Tol LebuhRaya Pantai Timur Naik? (Gambar)
Kadar Tol LebuhRaya Pantai Timur Naik?
Lebuhraya pantai timur |
Kadar Tol LebuhRaya Pantai Timur Naik?
Agak mengejutkan apabila terlihat di facebook seseorang telah memuatnaik sekeping resit tol LebuhRaya Pantai Timur kendalian MTD dari Tol Kuantan sehingga Tol Temerloh.Mengejutkan apabila ada pihak mendakwa harga tol dinaikkan tanpa sebarang pengumuman di media mahupun dari pihak kerajaan seperti lazimnya. Apakah yang sebenarnya telah berlaku?
Menurut saksi tersebut,
"saya bawa lori kelas2 dari tol kuantan - tol temerloh.. pada papan tanda rate price rm22.70 .. tapi saya di cas rm27.70.. tanya pihak tol,mereka kata memang rate dah naik.. tanpa pengetahuan rakyat kita ditipu hidup2.. bukan nk provoke tapi kalau betul pemerintah prihatin,sila ambil perhatian .. walau sedikit namun bila ramai yg kene anda semua boleh tahu jumlahnya... mohon semua share jika anda rakyat prihatin.. peace malaysia..!!"
Kredit
Bukti Tentera Iran Membantu Rejim Assad Dalam Memerangi Sunni Di Syria (Video)
Bukti Tentera Iran Membantu Rejim Assad Dalam Memerangi Sunni Di Syria (Video)
Bukti Tentera Iran Membantu Rejim Assad Dalam Memerangi Sunni Di Syria (Video)
Klip ini disiarkan oleh media Iran. Klip ini menyiarkan askar-askar Iran sedang bersiap sedia untuk bertempur di medan perang di Syria.
Setibanya di Syria, mereka akan diberi sepersalinan pakaian seperti Tentera Assad dan kad pengenalan Syria. Tetapi mereka tetap membawa ID Iran sewaktu bertempur dan kami telah pun menyiarkan beberapa bukti Iran benar-benar menyumbangkan askarnya membunuh saudara seaqidah kita disana. Setiap kali FSA berjaya menumbangkan anjing Iran, mereka akan temui ID Iran bersama mereka. Jadi jelaslah, Iran membantu regim Assad.
Ya Allah, kami pohon padamu, kucar kacirkanlah teknik perang mereka.
Ya Allah, berilah rasa gerun dan gentar pada mereka sewaktu melihat kemaraan Singa singa sunni.
Perlawanan Pahang Vs Johor Diubah Lagi | Piala FA
Perlawanan Pahang Vs Johor Diubah Lagi | Piala FA
Perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT) 1 Jun 2013 ini telah diubah ke masa yang lain.
Pada mulanya, difahamkan perlawanan Pahang vs JDT akan diadakan pada 1 Jun 2013 jam 4.15pm, Perlawanan Dijalankan Pada Waktu Petang (4.15 Ptg) Kerana Lampu Limpah Sedang Diperbaiki Untuk Prepare Final Piala FA, Jun Nanti
namun berdasarkan info baru, perlawanan akan diubah kepada 8.45 malam pada tarikh dan tempat yang sama.
Pihak FAM dikatakan akan mendenda pasukan Pahang dan Johor nanti atas kesulitan yang sedang berlaku.
Turut dimaklumkan bahawa akan ada siaran langsung
Sumber - http://www.akupunyer.com
Bos Tampar Pekerja Di Singapore (Video)
Bos Tampar Pekerja Di Singapore
Bos Tampar Pekerja Di Singapore
Seorang penyelia di sebuah syarikat perisian di Singapura tergamak menampar seorang pekerja bawahannya berulang kali hanya kerana mahu mengajarnya cara-cara untuk membina keyakinan diri.
Penyelia itu yang dikenali sebagai Alan Lee akan menampar dan menumbuk pekerja yang tidak didedahkan namanya itu di hadapan rakan-rakan sekerja mereka tetapi mangsa yang dibuli tidak pernah sesekali melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.
Mangsa tidak pernah melaporkan perkara itu kerana tidak mahu perkara itu melibatkan keluarga penyelia itu.
Walau bagaimanapun, akibat sudah tidak tahan lagi dengan kejadian itu daripada terus berlaku, salah seorang rakan sekerja itu telah secara senyap-senyap merakam video menunjukkan perbuatan Lee menampar mangsa.
Video itu yang dimuat naik sejak dua minggu lalu terus menjadi ‘viral’ di negara itu selepas ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan penyelia tersebut.
Rakan sekerja yang merakam video itu kemudiannya mengatakan Lee berterusan membuli mangsa sejak dia memulakan latihan praktikal serta kemudiannya menyambung kerja di syarikat terbabit sejak tiga tahun lalu.
“Dia (Lee) mengatakan mangsa kurang keyakinan diri dan dia cuba mengajar mangsa untuk mengatasi masalah itu. Saya berasakan benda itu sesuatu yang bodoh, macam mana kita nak mengajar seseorang dengan menggunakan cara yang kasar sebegitu?,” katanya.
Pekerja itu telah pun bekerja henti dari syarikat itu dan Lee juga telah memohon maaf kepada ibu bapa mangsa namun mereka mahu menyaman Lee sebanyak SG$100,000 (RM240,000) atas kesalahannya itu.
Betul ke kalau nak bantu seseorang itu membina keyakinan diri, kita harus menggunakan seperti cara yang telah dipraktikkan oleh Lee ini atau ini merupakan alasannya sahaja untuk melepaskan stress di tempat kerja.
Hmm, macam-macam hal.- Mynewshub
SAFWAN ANANG DIBEBASKAN 10.20 PAGI TADI
SAFWAN ANANG DIBEBASKAN 10.20 PAGI TADI
SAFWAN ANANG DIBEBASKAN 10.20 PAGI TADI
Aktivis pelajar yang enggan diikat jamin, Safwan Anang telah dibebaskan tepat jam 10.20 pagi tadi.
Beliau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.
“Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh,” kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan, lapor Keadilandaily.
Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik. Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.
Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.
Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.
Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.
“Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau,” katanya.
10 BENDA TAK BOLEH BELI DENGAN DUIT
10 BENDA TAK BOLEH BELI DENGAN DUIT
10 BENDA TAK BOLEH BELI DENGAN DUIT
Percayakah anda di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup.
Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit:
1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
Johor DT Vs Pahang 2nd Leg Separuh Akhir Piala FA Akan Berlangsung Di Stadium Bukit Jalil 1 Jun 2013
Johor DT Vs Pahang 2nd Leg Separuh Akhir Piala FA Akan Berlangsung Di Stadium Bukit Jalil 1 Jun 2013
Johor DT Vs Pahang 2nd Leg Separuh Akhir Piala FA Akan Berlangsung Di Stadium Bukit Jalil 1 Jun 2013
TERKINI : Pahang Selaku TUAN RUMAH Berjaya Mendapat 70,000 Tiket Daripada 90,000 Tiket Yang Dipohon. Bermakna Hanya 20,000 Tiket Sahaja Diperuntukan Oleh Penyokong Johor Darul Takzim. Ini Kerana PAHANG SELAKU TUAN RUMAH Dan Mereka Berhak Mendapat Tiket Yang Lebih.. Ini Bermakna 90 000 Penyokong Akan Membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Tiket Yang Lama (TIKET YANG DIBELI PADA HARI SELASA) Boleh Ditebus Semula Di Pejabat Persatuan Bola Sepak Pahang Dan Kaunter Stadium Darul Makmur Dan Juga Kaunter Stadium Mini Temerloh Pada Jam 10 Pagi Jumaat, Besok (31/5/2013).
Venue baru dan masa perlawanan separuh akhir kedua Piala FA Pahang vs Johor DT
Tarikh | Masa | Venue | Live |
---|---|---|---|
1 JUN 2013 Sabtu | 4.15 Petang | Stadium Nasional Bukit Jalil |
Tiket Baru Juga Akan Mula Dijualkan Pada Pukul 9 Pagi Di Kaunter Stadium Bukit Jalil Pada Hari Sabtu (1/6/2013). Peminat Dari Lembah Klang Juga Boleh Beli Tiket Di Kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil. Harga Tiket Baru Adalah RM15.
Tidak Ada Tebus Tiket Di Bukit Jalil. Hanya Di Std Darul Makmur Dan Stadium Mini Temerloh Sahaja. (Penyokong JDT Sila Datang Ke Std Darul Makmur Atau Pejabat PBNP Jika Anda Mahu Tebus Tiket).
Perlawanan Dijalankan Pada Waktu Petang (4.15 Ptg) Kerana Lampu Limpah Sedang Diperbaiki Untuk Prepare Final Piala FA, Jun Nanti
Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sharifah Sakinah
Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sharifah Sakinah
Sharifah Shahira |
Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sharifah Sakinah
Umum pun tahu adik kepada Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah kebelakangan ini kerap memuat naik video kontroversi di laman Keeknya.
Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun Keek Anzalna Nasir.
Walaupun dikecam hebat, Sakinah terus merakam dan memuat naik video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini.
Terbaru, Sakinah telah berkongsi satu lagi video kontroversi yang menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Menerusi video tersebut, DIdapati adik kepada Sharifah Shahira ini memang sengaja melakukan perkara itu namun tidak dapat dipastikan apakah niat sebenarnya.
Dan petang semalam, Sharifah Shahira atau lebih mesra dipanggil Shiera menulis sesuatu di akaun Twitter miliknya mengenai sikap adiknya itu.
SHARIFAH SHAHIRA KECEWA DENGAN SHARIFAH SAKINAH |
Dari apa yang ditulis, kami anggarkan Shiera menganggap video-video yang dibuat oleh adiknya itu adalah kurang bijak dan tidak elok.
Melalui Twitter Shiera juga, dia menulis yang dia pernah bercakap dengan Sakinah mengenai perkara itu tetapi mungkin tidak diambil pusing oleh Sakinah.
Sebelum ni Sakinah ada memberitahu kepada pihak media yang ahli keluarganya memahami sikapnya yang gila-gila. Tapi mungkin kali ini Shiera lihat perangai adiknya itu sudah keterlaluan.
Bagus jugalah ada kakak macam Shiera ni, bukan jenis yang nak menangkan keluarga sendiri walaupun tahu sesetengah perkara tu tak elok dibuat, betul tak?
Sumber: Ohbulan.com
Polis Trafik VS Student Fizik (video)
Polis Trafik VS Student Fizik
Polis Trafik VS Student Fizik
berat kereta x halaju x sudut kecuraman bukit x graviti = putar belit
even kalau lampu kuning masudnya berhati-hati bersedia untuk berhenti,Bukan untuk laju
Sebelah Sayap- Matluthfi (Video)
Sebelah Sayap- Matluthfi (Video)
Sebelah Sayap- Matluthfi (Video)
video yang agak panjang dari mat luthfi..tapi penuh makna yang sangat medalam bagi yang ada akal akan paham maksud yang cuba disampaikan.Jom kita ambil pengajaran dan iktibar dari video vloger hebat ni iaitu matluthfi:
P/s- Jika agama gagal menawarkan harapan,itu bukan dari tuhan
Harapan dan keberanian ibarat sepasang sayap, perlukan keduanya untuk terbang - Imam Maturidi
Kredit,= Gempak.org
Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah (Gambar)
Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah
Kereta Dihempap Kren, Wanita Maut Seorang Cedera Parah
PETALING JAYA - Seorang pekerja restoran maut manakala majikannya cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap kerangka besi di Jalan Lapangan Terbang Subang, di sini, hari ini.
Ketua Trafik Petaling Jaya DSP Wong Siw Choon berkata dalam kejadian pada 4.20 petang itu, lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Wong, kerangka besi yang dibawa sebuah treler telah menghempap kereta yang dipandu majikan wanita berusia 43 tahun itu, ketika kenderaan tersebut berada di sebelah treler untuk menuju ke Lebuhraya Persekutuan.
"Kita percaya besi berkenaan sedang dibawa untuk digunakan dalam projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT). Mungkin ia tidak diikat dengan betul, lalu terjatuh dan menghempap kereta itu," katanya kepada Bernama.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat, manakala wanita terbabit dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Pemandu treler berusia 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Tahniah!! Shila Amzah Terima Anugerah COUNTRY BRANDING AWARD Di China
Tahniah!! Shila Amzah Terima ANugerah COUNTRY BRANDING AWARD Di China
Tahniah!! Shila Amzah Menang ANugerah COUNTRY BRANDING AWARD Di China
Tahniah diucapkan kepada penyanyi terkenal Shila Amzah,Nampaknya Setelah menjuarai ASIAN WAVE rezekinya semakin bertambah,
Terbaru, Shila Amzah dikhabarkan telah menerima anugerah Country Branding Award yang diadakan semalam dan berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.
Menerusi laman tersebut, Shila telah memuat naik sekeping gambar trofi yang tertera namanya dengan caption berbunyi :
Country branding award
Kesan Daun Ganja Terhadap Manusia (video)
Kesan Daun Ganja Terhadap Manusia
Kesan Daun Ganja Terhadap Manusia
rumah penuh dgn ganja..selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran ..wartawan cuba utk temuramah anggota tersebut..(pening lalat kau kena asap ganja) Yangdia sentiasa senyum Dan Happy,,Haha,,, Roboh Sudah,,,
Ganja (Cannabis sativ syn,Cannabis indica) adalah tumbuhan renek yang menghasilkan serat, namun ianya lebih dikenali kerana kandungan zat narkotin pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol)adalah bahan aktif yang boleh membuat penghisapnya mengalami euforia (rasa lapang yang berpanjangan tanpa sebab).Daun ganja biasanya dibalut dengan daun nipah dan dinamakan rokok marijuana.
Tanaman ini tingginya mencapai 2 meter. Berdaun menjari dengan bunga jantan dan betina yang ada dipokok yang berbeza (berumah dua). Bunganya kecil-kecil dalam gumpalan dihujung ranting. Ganja hanya tumbuh di pergunungan tropika dengan elevasi diatas 1.000 meter diatas permukaan laut.
Ganja menjadi simbol budaya hippies yang pernah popular di Amerika Syarikat. Hal ini biasanya dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang dipaksikan negara kapitalis terhadap negara membangun. Di India,terdapat bahagian Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap Hashish melalui paip Chilam/Chillum, dan dengan meminum Bhang.
Di Malaysia ganja dikategorikan sebagai najis dadah oleh Kerajaan Malaysia,ganja adalah dadah paling popular dikalangan remaja yang baru berjinak dengan dadah,biasa mereka menghisap ganja dengan cara mengulung rokok daun dari pokok nipah, daun ganja yang sudah siap diproses dicampurkan dengan tembakau rokok dan mereka menghisap secara berkongsi.Ganja ini juga boleh dihisap dengan mengunakan” dapur” atau nama yang popular dikalangan penagih adalah “paipon”.
PENGGUNAAN GANJA PADA MASA LAMPAU DAN KINI
Tumbuhan ini berasal dari China. Orang cina merupakan orang yang menggunakan ganja dalam kehidupan hariannya. Pada tahun 2737 sebelum masihi, kanabis telah digunakan untuk membuat kain. Para tabib cina telah menggunakan getah kanabis untuk mengubati sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah cina yang bernama Hua Ta merupakan orang yang pertama menggunakan kanabis sebagai ubat bius dalam pembedahanya pada akhir kurun ke- 2 selepas masihi. Di samping itu, kanabis juga digunakan untuk mengubati penyakit nyanyuk dan histeria.
Penulisan Hindu dan Buddha telah mencatatkan bahawa India merupakan negara yang memulakan penggunaan kanabis sebagai bahan khayal (Hallucinogen). Kanabis ini digunakan dalam upacara keagamaan, meditation, tahan sakit dan menghilangkan keriuhan dunia. Ia juga dianggapkan sebagai sejenis bahan suci dari sudut pandangan agama(bukan agama islam). Di India, industri kanabis merupakan satu industri legal yang diberi lesen. Ini bertujuan untuk mengawal mutu keluarannya. Ia tidak dikenakan cukai kerana ia dianggap sebagai keperluan harian.
Di Eropah, kanabis telah digunakan untuk tujuan perubatan iaitu sebagai ‘aspirin’. Doktor perubatan di Eropah pada masa itu telah menggunakan kanabis untuk mengubati histeria, deman perjalanan (travel sickness), selesema, ulcers, hay fever dan insomnia. Doktor peribadi kepada King George IV menggunakan kanabis untuk memulihkan daripada mabuk kerana minum arak secara berlebihan. Kaum proletariat Inggeris dikatakan menggunakan ganja untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan kerja berat harian.
Pada abad ke-19, kebaikan dan kelebihan kanabis dalam bidang perubatan telah ditemui. Ia mula digunakan dalam perubatan moden. Kanabis digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa (Depression),tekanan darah tinggi, migrain dan masalah haid. Ia juga digunakan untuk mengembalikan selera makan seseorang.
Penyalahgunaan dadah mula berleluasa pada tahun lewat tahun 1960-an dan awal 1970-an. Ini kerana kanabis mengandungi THC yang boleh mengkhayalkan. Pada masa itu ramai pemuda di Netherlands menjadi penagih. 12 tahun selepas itu, penjualan kanabis ini secara terbuka telah diharamkan.
Ganja tidak merbahaya?
Bila ditanya kepada penagih ganja,jawapan mereka adalah,ganja tidak ketagih kerana ganja adalah tumbuh-tumbuhan mari kita kaji fakta tentang ganja ini,
Kesan awal yang sering dapat dilihat pada penagih ganja termasuklah mata menjadi merah kerana saluran darah pada bahagian mata yang mengembang. Ada juga yang akan mengalami rasa mual. Muntah-muntah, cirit-birit serta mulut dan tekak berasa kering. Ini akan diikuti dengan rasa sejuk di hidung, kaki serta tangan. Kadang-kala ototnya menggeletar dan pergerakannya menjadi tidak selaras.
Pada peringkat mental pula, tanggapan atau persepsi seseorang itu terhadap ruang dan waktu boleh berfungsi. Begitu juga dengan daya ingatan,pertuturan serta pemikiran. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan serta sukar digambarkan. Ia mungkin menjadikanya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai toxic psychosis.
Walau bagaimanapun, si penagih tidak akan mengalami pergantungan fizikal atau jasmani. Namun demikian, seperti juga dengan dadah-dadah lain,pergantungan secara mental tetap akan berlaku. Inilah yang menjadikan seseorang itu ketagih kepada ganja.
Di Amerika Syarikat, ganja dicampurkan dengan PCP (Phencyclidine), LSD (Lysergic Acid Diethylamide), minyak hashish dan bahan kimia lain. Tahi lembu juga dicampurkan dengan ganja dan ini akan mengakibatkan merebaknya jangkitan bakteria.
Menghisap ganja juga boleh mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa 18 – 24 bulan. Mengikut ahli sains, kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 batang rokok tembakau. Ganja juga akan mengubah fungsi jantung. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung.
Ganja juga akan merosakan aktiviti otak seperti daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan serta daya ingatan. Ini disebabkan oleh THC yang terkumpul di dalam otak. Oleh sebab THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan , dia tidak akan bebas daripada penagihan ganja secara berterusan.
Ganja juga akan mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma yang cacat. Ini menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga didapati akan mengalami mati pucuk. Ganja juga akan meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan wanita. Antara kesanya ialah seperti berikut:
Kedatangan haid yang tidak menentu
Kemungkinan mengurangkan ovum dalam ovari.
Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru dilahirkan.
Ganja juga akan mengubah sikap si penagih secara menyeluruh. Ada yang melaporkan bahawa mereka mengalami ‘sindrom tak bermotivasi’. Mereka akan menjadi tidak berminat dan gagal dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun pada suatu ketika matlamat tersebut mempunyai erti yang mendalam baginya. Mereka tidak dapat melaksanakan rancangan jangka panjang, sukar memberi tumpuan dan prestasi kerjanya merosot. Umumnya mereka akan terus terpegun, berbaling mendengar muzik, menonton television atau beromong-omong kosong. Dengan kata lain, penagih ganja akan membawa kerugian yang begitu besar kepada dirinya, keluarganya , masyarakat dan juga negaranya.
Kemungkinan mengurangkan ovum dalam ovari.
Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru dilahirkan.
Ganja juga akan mengubah sikap si penagih secara menyeluruh. Ada yang melaporkan bahawa mereka mengalami ‘sindrom tak bermotivasi’. Mereka akan menjadi tidak berminat dan gagal dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun pada suatu ketika matlamat tersebut mempunyai erti yang mendalam baginya. Mereka tidak dapat melaksanakan rancangan jangka panjang, sukar memberi tumpuan dan prestasi kerjanya merosot. Umumnya mereka akan terus terpegun, berbaling mendengar muzik, menonton television atau beromong-omong kosong. Dengan kata lain, penagih ganja akan membawa kerugian yang begitu besar kepada dirinya, keluarganya , masyarakat dan juga negaranya.
Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penagih ganja menghadapi kesukaran untuk berhenti dari tabiat mereka. Ini adalah akibat penggunaan ganja yang menyeronokkan.
Penghisap ganja terpaksa menambahkan jumlah dos ganja yang dihisapnya kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut telah meningkat. Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan. Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka akan terus menggunakannya walaupun terdapat tanda-tanda yang merosakkan mereka. Ini kerana pergantungan secara psikologikal telah berlaku.
Memandangkan penagihan ganja akan membawa keburukan yang besar kepada seseorang, masyarakat dan negara, maka penggunaannya hendaklah dikawal supaya penyalahgunaan tidak berlaku. Penggunaan kanabis secara betul akan membawa kebaikan kepada seseorang tetapi penyalahgunaan akan memusnahkan seseorang
JAdi Buatlah perkara yang lebih berfaedah
Sedih!! Operasi Menyelamatkan Baby Yang Dibuang Di Mangkuk Tandas Dikecam Di Internet ( Gambar DanVideo)
Sedih!! Operasi Menyelamatkan Baby Yang Dibuang Di Mangkuk Tandas Dikecam Di Internet
Sedih!! Operasi Menyelamatkan Baby Yang Dibuang Di Mangkuk Tandas Dikecam Di Internet
orang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.
“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.
Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat bangunan tersebut.
Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. – AFP
Apalah dosa bayi ni sehingga dibuat demikian,Kesian tengok,,Sadis- Siapalah Mak Yang celaka tu
Jawapan Ustaz Azhar Idrus Isu Kahwin 3 Dan Poligami (Video)
Jawapan Ustaz Azhar Idrus Isu Kahwin 3 Dan Poligami (Video)
Jawapan Ustaz Azhar Idrus Isu Kahwin 3 Dan Poligami (Video)
berikut adalah jawapan kepada seorang cepumas yang ditanyakan oleh seseorang kepada ustaz Azhar Idrus mengenai isu kahwin 3Jawapan solan Cepumas untuk Ustaz Azhar Idrus
ada insan yang agaknya hangin 1 badan ustaz azhar idrus nikah dgn awek cun (dan dia sendiri x laku) lalu dia pun pi tembak bigboh kat page dia.
Aku x pasti bigboh jawab apa atau sejauh mana mamat ni kena hentam, tapi aku nak jawab kat sini. Bukan bagi pihak bigboh, tapi pandangan sorg yg baru2 nak belajar bab agama ni -
1) pasal makan beradab ni, x de masalah pun ianya adat dr mana selagi makanan tu halal, tak melibatkan ikhtilat melampau, x menyaksikan kehadiran manusia2 yg glemer sampai langgar syarak dan x memasukkan unsur2 maksiat. Plus, bigboh x sanding pun. Apa salahnya buat makan beradab sambil dalam masa yg sama menunjukkan kpd umum siapakah pengantin?
2) aku dah jawab bab niqab jarang ni. Bukannya awek tu bukak aurat pun! Dia make up pun bukannya tebal mana tapi dah sepatutnya la sebagai ratu sehari. Kenapa malaun ni boleh particular pasal kening zaujah bigboh ni? X malu ke pandang lama2 kat bini org?
3) dia bising sbb bigboh nikah anak dara dan bukan janda, tp tu bukan syarat utama nak poligami. Dah jodoh bigboh dgn awek. Ko nak buat apa? Plus, bukan bigboh yg pi ngorat awek tu. Semuanya urusan dr keluarga awek tu dan dihandle sendiri oleh isteri2 bigboh. Nak bising apanya? Lebih bagus awek ni nikah gn org mcm bigboh drpd nikah dgn mamat terjun longkang mcm malaun nih.
4) bigboh ni cuma ada golf gti je pun. Kereta lelain semuanya disponsor oleh anak2 murid dia yg kaya raya. Sponsor tu bukannya maksud depa belikan, tp bagi guna tiap kali bigboh ada ceramah. Plus, apa salahnya bigboh banyak duit dan kaya? Setiap kali ceramah, kutipan derma masjid yg dilancarkan pasti cecah belasan ribu. Kalau ajk setiap masjid yg handle ceramah bigboh tu bagi saguhati kat bigboh sebanyak RM1,000 satu malam pun, paling cikai bigboh boleh dapat RM30k sebulan. Mampu ke x mampu bigboh nak bergaya? Lebih dr mampu la wei...janji bigboh bukan makan duit cukai.
Zuhud ni dol bukannya bermaksud kena hidup miskin, tapi maksud zuhud ialah sentiasa mengutamakan akhirat walaupun mengejar dunia.
Akhirul kalam, kesian si paddle pop ni. Maka selamanyalah dia hidup sebagai aiskrim.
-Fais Al-Hajari
Ramadhan84TV
Kredit= kami respek artis mendalami islam