Home » , , , , , , , , , , , » BANGLA DAN WARGA ASING DAPAT KAD PENGENALAN IC UNTUK JADI PENGUNDI HANTU?

BANGLA DAN WARGA ASING DAPAT KAD PENGENALAN IC UNTUK JADI PENGUNDI HANTU?

BANGLA DAN WARGA ASING DAPAT IC UNTUK JADI PENGUNDI HANTU?








































BANGLA DAN WARGA ASING DAPAT IC UNTUK JADI PENGUNDI HANTU?


JANGAN BIARKAN NEGERI ANDA DIPENUHI BANGLA DAN WARGA ASING SEHINGGA RAKYAT TEMPATAN SUSAH NAK DAPAT KERJA DI BAHAGIAN PERINDUSTRIAN,,,,


BENDA NI DAH LAMA BERLAKU SEBENARNYA






























Projek IC merujuk kepada dakwaan 'projek rahsia' [1] untuk mengubah demografi negeri Sabah dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya Malaysia.

Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan UMNO.





Operasi khas ini di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri.Pada waktu itu di bawah Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Megat Junid Megat Ayob. Jumlah peruntukan, individu dan cara operasi tidak dirujuk kepada Kabinet mahupun kepada Majlis Tertinggi UMNO. Menteri Kewangan ketika itu ialah Datuk Daim Zainuddin.




Daim Zainuddin



















Projek IC 1970-an

Tahun 1970-an penutralan warga asing dilakukan semasa Ketua Menteri Sabah (1967) , Tun Mustapha yang menjadi Presiden USNO. Pada tahun 1960 , Sabah dikuasai oleh kaum KadazanDusun dan Tun Fuad Stephen dari Kadazan Dusun dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama (1963).


32% Kadazandusuns ,
23% Cina ,
15.8% Lain -lain umat Islam,
13.1% Bajau ,
5.5% Indonesia
4.9% Murut ,
1.6% Filipina dan
0.4% Melayu .
















Tun Fuad Stephen


Projek IC 1980-an

Kerajaan Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut menganugerahkan kepada warga asing. Ekoran Rusuhan Sabah 1986 di Kota Kinabalu, keperluan kepada warga asing semakin jelas. Pada 1990, Berjaya dan USNO memutuskan untuk membubarkan parti mereka dan membawa masuk UMNO ke Sabah.UMNO bergantung kepada pengundi Islam keturunan Bajau, Suluk dan Bugis dll.[2]



Pada tahun 2007, bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim telah mengaku terlibat dalam Projek IC. Beliau adalah bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998. Beliau turut menjadi saksi dalam petisyen bagi pembatalan Pilihan raya kecil Sabah 1999 kawasan Likas.

Hassnar mendedahkan butir-butir khusus modus operandi Projek IC.Beliau menyebut mesyuarat rahsia antara bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid Megat Ayob di Hong Kong .

Hassnar mendakwa bahawa 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985 sahaja. Beliau juga mendakwa bahawa matlamat operasi adalah untuk meningkatkan penduduk Islam Sabah. [3] Ia turut disebut sebagai 'Operasi Gembeling' - mensasarkan Melayu yang berasal dari Bugis kerana berbahasa dan berbudaya mirip Melayu.





































Projek IC 1990-an

'Teori Projek IC' ini merujuk kepada dakwaan selama ini bahawa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran dan lain-lain agensi-agensi kerajaan menjadi sebahagian daripada operasi besar-besaran untuk menambah penduduk Islam di Sabah bagi mengurangkan pengaruh masyarakat Kristian.Teori ini dipopularkan oleh bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Chong Eng Leong bahawa umat Islam dari selatan Filipina dan Indonesia diberi kerakyatan Malaysia dan dipujuk untuk mengundi Umno. Perkara ini telah didedahkan dalam buku penulis Mutalib MD dan Dr Chong Eng Leong.[4]

























Pentadbiran Dr Mahathir melancarkan projek itu untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah".Sentimen pemisahan di Sabah pada masa depan dapat dikekang, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.Kabel itu bertarikh 5 September 2008.[5]
Penduduk Sabah :636,431 (1970), 2,449,389 (2000) Penduduk Sarawak :976,269 (1970), 2,012,616 (2000) Penduduk Semenanjung : 10,439,430 (1970) meningkat kepada 22,202,614 (2000)

Komposisi etnik Sabah pada 2006 seperti berikut :


25% Bukan warganegara,
17,76 Kadazandusuns%,
14,62% ​​Bumiputera Lain-lain,
13.4% Bajau,
11,48% Melayu,
9.6% Cina,
4.8% Lain-lain,
3.3% Murut.


Selepas BN kembali berkuasa pada 1994, jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan di kalangan Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, dan Cina.Mulai 2005, sistem giliran dihapuskan dan Datuk Musa Aman dari UMNO menjadi KM.Daripada 59 kerusi BN, 32 dimenangi oleh UMNO.

Pada 4 oktober 2011, Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) menyatakan daripada 3,206,742 penduduk Sabah hanya 72 % adalah warga negara ini manakala 27.7 % adalah pendatang asing.Beliau merujuk banci Unit Perancang Ekonomi, Penduduk dan Perumahan 2010.[6]





AJK PKR, Dr Chong Eng Leong mahu RCI menyiasat mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula. RCI boleh bertanya kepada keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini.Dr Chong pernah mendedahkan Projek IC pada 2006.

Dr Chong mendakwa, penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000.Persoalan ialah lebihan 150,000 dari mana datangnya.




















Penyelidikan beliau selama 15 tahun dimuatkan dalam buku Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.Mangsa seterusnya ialah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Projek IC ini dikenali juga sebsagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno, melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung di Sabah. Antara ketua kampung yang terlibat ialah Hasnar Ibrahim. Megat Junid telah berbincang dengan pegawai JPN. Pada 1990-an , Datuk Musa Aman menjadi ketua 'petugas khas' memberi kad pengenalan kepada warga asing.Tujuannya untuk menumbangkan PBS dalam pilihan raya ,yang ketika itu belum menyertai BN. [7]


Konspirasi besar ini melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.[8]

Kadar pertumbuhan penduduk Sabah amat luar biasa.Kadar pertumbuhan Sarawak hanya 1.617 juta pada 2010.Sedangkan penduduk Sabah 2.354 juta pada 2010.Penduduk Sabah adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya.[9]



Beberapa buku telah ditulis bagi mendedahkan Projek IC ini :


Dr Chong Eng Leong - 'Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah'
Mutalib MD

sumber artikel 1

sumber artikel 2


0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink