Pages

Bumbung Masjid Runtuh Pulak Lepas Stadium DI Terengganu (Gambar Dan Video)

Bumbung Masjid Runtuh Pulak Lepas Bumbung Stadium DI Terengganu



Bumbung Masjid Runtuh Pulak Lepas Stadium DI Terengganu

HULU TERENGGANU 21 Mei - 12 jemaah masjid yang baru sahaja menyelesaikan solat isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid di Kampung Binjai Kertas, di sini runtuh malam tadi.

Ahli Jawatankuasa masjid tersebut, Abd. Wahab Sulong, 67, berkata, selepas selesai solat dan sebaik sahaja melangkah 30 meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan terpaku seketika.

"Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.

"Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya ketika keluar masjid, beliau mendapati ada 11 lagi jemaah di dalam masjid sebelum kesemua mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi dentuman itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan