Dr Harun Din Buktikan Dakwat Kekal Boleh Dipadamkan
Dr Harun Din Buktikan Dakwat Kekal Boleh Dipadamkan
Kata-kata yang dikutip dari page Facebook Timbalan Mursyidul Am Pas merangkap calon PAS/PR Parlimen Arau, Perlis iaitu Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz.
Saya mengundi pada jam 8.25 pagi dengan dicalitkan jari telunjuk kiri saya penuh dengan dakwat kekal.
Setelah pulang ke rumah jam 8.50 pagi, saya cuba membersihkan dakwat kekal. Dan saya terperanjat kerana dakwat kekal itu tidak kekal. Hanya dengan basuh menggunakan air biasa tanpa solvent chemical , telah dapat dibersihkan dakwat kekal itu sehingga tidak meninggalkan sebarang kesan.
Bagaimana SPR menamakan dakwat itu dakwat kekal? Siapa tipu siapa? Samada pembekal menipu spr atau spr menipu pengundi atau pengundi menipu dirinya? Rakyat memerlukan penjelasan. Sebagai bukti sila lihat gambar2 ini.
Ikut hukum akal logik. Tak kanlah ulama tersohor seperti Dr Harun Din Al-Hafiz nak berbohong benda jelas seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan