Franck Ribery Marah Akibat Disimbah Arak Oleh Rakan Sepasukan (Video)
Pemain sayap Bayern Munich, Franck Ribery berang dengan tindakan rakan sepasukannya yang mencurahkan arak ke atasnya, ketika pasukan itu meraikan kemenangan dengan menewaskan Augsburg 3-0, sekali gus menjuarai Liga Jerman buat kali ke-23.
Ribery yang beragama Islam itu, nyata tidak suka dengan tindakan Jerome Boateng.
Selama ini Ribery telah memberitahu rakan sepasukannya supaya mereka menjauhi arak daripadanya memandangkan arak adalah haram di sisi agama Islam.
Namun nyata Boateng tidak mendapat mesej berkenaan dan telah mencurahkan arak ke atas kepala Ribery ketika berpesta di tengah padang sewaktu meraikan kejayaan kelab mereka.
“Saya tidak akan bercakap dengan Boateng lagi. Dia tahu bahawa saya seorang Islam,’’ katanya.
Bayern, yang mengesahkan kejuaraan liga pada 6 April lalu, ketika itu masih berbaki enam perlawanan, dianugerahkan trofi Bundesliga semalam selepas mengalahkan Augsburg 3-0.
Kelab itu berpesta dengan kejayaan merangkul semula trofi Bundesliga setelah kali terakhir memenanginya pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan