Giliran Lisdawati Pula Bertudung
Giliran Lisdawati Pula Bertudung | Selepas seorang demi seorang pelakon Malaysia bertudung, menampakkan suasana yang sangat ceria. Apa tidaknya, pelakon dan artis semua bertudung. Itu menunjukkan suatu perkembangan yang sangat baik. Ternyata, segala doa yang kami tampilkan untuk saudara-saudara sekalian untuk pakai pakaian yang elok sebagai seorang Islam berhasil atas pertolongan Allah SWT.
Kini, giliran Lisdawati pula berhijab. Ya Allah, sunggauh ayu dan manis apabila dia mengenakan tudung. Mari ikut cerita Lisdawati :
"Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.
Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian.
Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain." KOSMO
Alangkah bagusnya jika semua artis berubah ke jalan Allah. Mari kita bersama-sama berdoa agar ramai lagi yang akan berubah untuk lebih dekat ke jalan Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan