Isu Kenaikan harga Roti GARDENIA
Penjelasan Isu Kenaikan harga Roti GARDENIA
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd baru-baru ini telah menerima banyak pertanyaan/pengesahan mengenai kesahihan berita kenaikan harga produk Gardenia di Sabah.
Penjelasannya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain.
Gardenia Sabah Pasaran Borneo/ Timur Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya.
Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
GBKL ingin mengambil peluang ini untuk menjamin para penggunanya di Semenanjung Malaysia yang harga untuk kesemua produk Gardenia tidak berubah.
Harga produk-produk Gardenia tertera/ dicetak pada “kwik-lok” dan/ atau semua pembungkus produknya.
Harganya adalah tetap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan