Pages

Singapura tahan 21 rakyat Malaysia


 Singapura tahan 21 rakyat Malaysia 



















 Singapura tahan 21 rakyat Malaysia 



SINGAPURA 11 Mei - Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana  mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya  Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia  terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan  secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar  mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi. 


Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga  enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali,  sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda  sehingga S$5,000 (RM12,057).


Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang  tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi  haram.


"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan  mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.


"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan  serius," jelas kenyataan tersebut.


Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat  yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional  (BN).
Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka diberikan amaran oleh SPF. -  AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan