Pages

Achey Juara Bintang Mencari Bintang 2013

Achey Juara Bintang Mencari Bintang 2013






Achey Juara Bintang Mencari Bintang 2013



Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah telah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.
Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Tempat kedua =anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan)  RM100,000
Tempat ketiga = Kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan) RM60,000 
Tempat keempat =  Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail RM30,000 
Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan