Adira Masuk Hospital Sebab Putih Sangat?
Adira suhaimi |
Adira Masuk Hospital Sebab Putih Sangat?
Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.
Ini berita yang diterima mendakwa Adira telah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas. Ada juga belek-belek di ruangan berita lain atau surat khabar seperti tiada pula.
Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan kurang sihat.
Tapi, dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuat naik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman dan memang kelihatan lemah. Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang dirawat di hospital.
Antara ungkapan yang keluar dari mulutnya “Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim“. Tetapi sekali lagi melihat video Keeknya itu, temannya seakan bergurau dengan penyanyi itu.
Adakah disebabkan kulitnya yang terlalu putih tersebut menjadikan dia lemah atau tidak boleh terkena cahaya panas seperti Micheal Jackson juga? Kalau disebabkan kulitnya yang terlalu putih itu memudaratkan diri.
Sumber : murai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan