Harga Rokok Naik 3 Jun 2013
Harga Rokok Naik 3 Jun 2013
Diberitakan dari sumber, British American Tobaccon (BAT) Malaysia, harga rokok dinaikkan sebanyak 30 sen mulai 3 Jun 2013, iaitu pada hari Isnin ini.
Penjelasan Harga Rokok Naik
Kalau kita lihat pada dasar kerajaan untuk menaikkan cukai bagi produk tembakau, ini adalah disebabkan 2 faktor iaitu :
- Mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah
- Membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Macam-macam kempen yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa merokok merosakkan kesihatan.Dan yang paling selalu dibuat adalah, menaikkan harga cukai tembakau supaya rokok dijual dengan harga yang lebih tinggi.
Tapi, setakat itu sahajalah.asyik naik, naik, naikkan sahaja harga rokok. Selesai masalah? Sudah tentu tidak.Kami sebenarnya merasakan kerajaan tidak benar-benar ikhlas dalam hal membendung gejala merokok ini.Kenapa?
Hakikat sebenarnya, kerajaan mendapat faedah yang “BESAR” dengan cukai tinggi yang dikenakan ke atas produk tembakau.
Kalau nak kenakan cukai pun, itu hak dan kuasa kerajaan, tapi bagi kami, ia bukanlah satu langkah yang terbaik untuk mengurangkan gejala perokok.
- Alasan menaikkan cukai untuk mengurangkan gejala merokok? Itu strategi lapuk.
- Berapa ramai perokok tegar yang dah berenti merokok? Dan berapa ramai yang boleh bertahan? Seminggu?Sebulan?
Apa yang kami cuba sampaikan ialah, hakikatnya, harga rokok naik tidak mengurangkan gejala merokok.Naiklah walau macamana tinggi pun, perokok tegar tetap akan membeli rokok. Kalau mana-mana yang dah tak tahan dengan kenaikan harga rokok, sudah mula beralih kepada alternatif lain iaitu, rokok seludup.
Akhirnya, isu ini tak nampak di mana ia akan bakal tamat.Pergi balik, pergi balik, macam tu jugalah keputusan dan hasilnya.Duit kempen Berhenti Merokok habis berjuta-juta, hasilnya tetap sama.
Harga Rokok Naik 2013 : Langkah Kerajaan Membendung Gejala Merokok Tidak Tepat! Kenapa?
- Sekarang ni rokok sangat mudah didapati.Hatta pergi lah kemana ceruk sekalipun, pasti ada kedai yang menjual rokok.Kalau dalam pasaraya besar macam AEON,TESCO,MYDIN,GIANT, memang dah lama jual rokok.Kesimpulannya, perokok mudah nak dapatkan akses membeli.Apa kata kalau kerajaan mengehadkan penjualan rokok hanya pada premis-premis tertentu? Ada Berani?
- Menghadkan penjualan rokok minimum 20 batang, buatkan kami geli hati.langsung tidak efektif pada pendapat kami.Ada 2 je perkara yang buatkan perokok jadi tak tentu arah.Pertama, bila bangun pagi nak buang air besar, rokok tak ada (Rokok Habis), Kedua, bila duduk lepak-lepak kat pantai, nak merokok lighter pula hilang.Jadi, bagi kami, kalau mereka jenis perokok tegar, kalau terpaksa beli minimum sekotak 20 batang, mereka beli 2 kotak.Tak juga selesai masalah.
Kami bukan nak bantah kenaikan harga rokok ini.Apa yang kami harapkan adalah, kerajaan benar-benar telus dalam mengurangkan gejala merokok.Menaikkan cukai bukan satu langkah yang berkesan.Kami tahu ramai je pakar-pakar dalam kerajaan ini.Cuma mereka berani bertindak atau tidak.
Bila harga rokok dah naik, aktiviti penyeludupan rokok pun berleluasa.Kenapa? Sebab ramai perokok cari alternatif yang lebih murah.Lebih tinggi harga rokok, lebih banyak permintaan bagi rokok seludup.Nak selesaikan masalah lain, timbul pula masalah lain.
Kami hargai usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala merokok.Kalau dulu, kerajaan tak bagi syarikat rokok untuk menaja perlawanan Bola Sepak dalam Malaysia.Sampai iklan rokok dulu-dulu dalam TV pun dah tak keluar dah sekarang.Kotak rokok pun dah ada “gambar-gambar ngeri” untuk memberi kesedaran kepada perokok.Bagus.Tapi, bagi kami, ada yang lebih baik lagi.
- Cadangan kami, agar kerajaan mengehadkan penjualan rokok hanya kepada premis-premis tertentu.Ini sedikit sebanyak menyukarkan perokok mendapatkan bekalan dan juga membuat perokok mula memperlahankan sedutan rokok mereka oleh kerana takut habis dan susah nak cari nak pergi beli.
- Selain itu, seragamkan semua kotak rokok pada satu warna.Hanya benarkan tulisan sahaja yang berbeza warna.Gambar-gambar ngeri dikekalkan.Ini dinamakan perang psikologi.
- Dan yang terakhir, benarkan penjualan rokok elektronik atau e cigarette di Malaysia.Mengapa? kerana sejak penjualan rokok elektronik ini, ramai perokok tegar sudah dapat berhenti dari merokok.Janganlah keluarkan kenyataan yang bukan-bukan bahawa rokok elektronik ini tidak selamat tanpa kajian yang munasabah.Jangan kerana takut penjualan rokok berkurang dan hasil cukai menurun, macam-macam kenyataan yang belum pasti dikeluarkan.
Kredit
P/S Jadi Pada Perokok diluar sana,Mahukah lagi anda merokok walaupun harga yang amat mahal,,
Just Vape On Jer Lah
Mana Nak Dapat Mod Portugal Nie,,Hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan