Pages

Husam Musa Jadi Imam Solat Maghrib Kepada Polis

Husam Musa Jadi Imam Solat Kepada Polis

Husam Musa Jadi Imam Solat Kepada Polis


Husam Ditahan Untuk Siasatan Di Bawah Akta Hasutan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan polis hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan.
Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

"Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan," katanya.
Pemangku Ketua Polis Selangor A. Thaiveegan mengesahkan mengenai penahanan Husam dan berkata kes berkenaan dikendalikan Bukit Aman.

HusamMusaJam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato’ Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.

Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato’ Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.

Mohon para penyokong Dato’ Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapa IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau… – FB P-125 Putrajaya


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan