Pages

Mangsa Jambatan Kedua Runtuh Selamat DIkebumikan - AlFatihah ( Gambar)

Mangsa Jambatan Runtuh Selamat DIkebumikan - AlFatihah ( Gambar)



Mangsa Jambatan Runtuh Selamat DIkebumikan - AlFatihah ( Gambar)

Mangsa tragedi runtuhan tanjak penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang kelmarin selamat dikebumikan di kampung isterinya di Bagan Serai awal pagi ini.
Jenazah Allahyarham Tajudin Zainal Abidin, 45, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 38, Jalan Keretapi, Alor Pongsu kira-kira pukul 3 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Shariffah Ramli, 40, serta dua anak perempuan iaitu Nur Aina Syazwani, 11, dan Nur Ain Maisara, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Shariffah yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Pulau Pinang ketika ditemui berkata, walaupun sedih dengan kejadian itu, dia reda dengan pemergian suami tercinta.
“Cuma, saya terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah pada pagi Khamis lalu sebelum dia keluar atas urusan kerja di Pulau Pinang kerana saya terpaksa keluar awal pagi untuk ke tempat kerja,” katanya.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan