Pages

Penyamun Kereta Hulur RM50 ,Honda Civic No Plate CDD 2113

Penyamun Kereta Hulur RM50 ,Honda Civic No Plate CDD 2113

Penyamun Hulur RM50

Penyamun Kereta Hulur RM50 ,Honda Civic No Plate CDD 2113

Kuantan: “Mungkin lelaki itu tidak mengapakan kami selepas melihat ibu yang lumpuh. Dia juga ada berkata ‘saya tahu mak cik sakit’ ketika melarikan kereta ayah,” kata Rafidah Abdul Rasol, 15, yang berdepan detik cemas selepas dia dan ibunya Hamiah Abd Majid, 53, menjadi mangsa ‘culik’ selama hampir 30 minit oleh seorang lelaki yang melarikan kereta bapanya, petang kelmarin.

Rafidah berkata, lelaki terbabit masuk dan duduk di tempat duduk pemandu selepas kira-kira dua minit bapanya Abdul Rasol Mat Tahir, 50, masuk ke sebuah pusat beli-belah di Jalan Tun Ismail, di sini, untuk membeli bateri telefon bimbit, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan itu berkata, sejurus memasuki kereta, lelaki terbabit menoleh ke belakang dan berkata kepada ibunya, ‘saya tahu makcik sakit’ dan mengarahkan mereka tidak melakukan apa-apa.
“Dia (lelaki) itu juga merampas telefon bimbit saya dan mencabut baterinya sebelum memberi amaran supaya duduk diam. “Dia kemudian memecut kenderaan kami mengikuti seorang lagi rakannya di depan yang memandu kereta berwarna putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Permai, di sini, semalam.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, sepanjang perjalanan penjenayah terbabit tidak mengapa-apakan dia dan ibunya sebaliknya mereka diajak berbual.

“Dalam nada agak bengis lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu bertanya kami tinggal di mana, sudah berapa lama ibu sakit dan apa pekerjaan bapa. Saya pula tidak berani hendak menyoalnya kerana terlalu takut,” katanya.
Rafidah berkata, selepas kira-kira dua kilometer melarikan kereta milik bapanya itu, penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan di satu simpang berdekatan sebuah kawasan taman perumahan di bandar ini.

“Rakan penjenayah itu yang berada di depan turut turun dari keretanya dan menuju ke arah kami.
“Dia kemudian menyuruh saya dan ibu keluar sambil dia membantu mengangkat ibu yang lumpuh dan meletakkan ibu di tepi jalan sebelum menghulurkan RM50 kepada saya,” katanya.

Lagi KIsah Lanjut= My Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan