Shabery Cheek Jawab Persoalan Ahmad Idham Isu Tayangan Filem Waktu Maghrib
Ahmad Idham |
Shabery Cheek Jawab Persoalan Ahmad Idham Isu Tayangan Filem Waktu Maghrib
Baru baru ini, Pengarah dan Penerbit terkenal, Ahmad Idham telah mempersoalkan kenapa ada pawagam yang meletakkan waktu tayangan filem Melayu pada pukul 7 malam..
Menurutnya sebagai sebuah negara Islam sepatutnya operator pawagam menayangkan pada waktu lain yang lebih sesuai bagi menghormati waktu maghrib..
Rujuk Sini=
KENYATAAN AHMAD IDHAM TENTANG TAYANGAN FILEM WAKTU MAGHRIB - RESPECT!!
Dan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Idham itu mendapat perhatian dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang baru iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..
Tapi nak kata dia baru dalam Kementerian itu tidaklah rasanya sebab pernah menerajui kementerian itu dari tempoh Mac 2008 hingga April 2009.
Jawab Shabery Cheek melalui laman FaceBooknya..
Ada yang bertanya dengan saya mengenai ISU TAYANGAN FILEM MELAYU pada waktu solat maghrib, jawapannya mudah tayangan ini untuk 3 kategori rakyat:
1. Orang yang bukan islam
2. Perempuan yang uzur tak boleh solat
3. Untuk Lelaki musafir atas syarat2 yang ditetapkan islam
Jadinya yang islam boleh tunaikan solat maghrib dan isyak dahulu kemudian pergila menonton tayangan jam 9.
Jawapan yang ke tiga itu membuat aku tertanya-tanya.. dia belajar dari siapa agaknya?. Musafir.. solat tak boleh tapi tengok wayang boleh? ASD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan