Pages

Gambar Terkini Abby Abadi Dan Farhan

Gambar Terkini Abby Abadi Dan Farhan 



Gambar Terkini Abby Abadi Dan Farhan 


 pelakon Abby Abadi kini sudah sah bergelar isteri kepada seorang pemuda yang lebih muda darinya,Farhan. Pernikahan mereka berdua berlangsung secara rahsia di Selatan, Thailand tanpa pengetahuan wartawan hiburan.

Untuk majlis resepsi perkahwinan, ianya akan diadakan pada 31 Ogos ini di pihak perempuan dan seminggu kemudian di pihak lelaki. Berikut ialah beberapa keping gambar terkini antara Abby Abadi dan Farhan yang cukup romantik dan kelihatan bahagia. Kedua-dua mereka begitu selamba dan relaks.



Biodata Farhan Suami Muda Abby Abadi



Nama Penuh : Muhammad Noor Farhan Che Bakar
Umur : 24 Tahun
Asal : Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan
Pekerjaan : Pembantu Kedai Butik
Tarikh Berkahwin : 9 Julai 2013
Tarikh Majlis Resepsi : 31 Ogos 2013
Tempat Berkenalan : Sebuah Pasar Raya
Tempoh Berkenalan : 2 Minggu










Suasana Ramadhan AlMubarak Dari Seluruh Dunia (20 Gambar)

Suasana Ramadhan AlMubarak Dari Seluruh Dunia 


Suasana Ramadhan AlMubarak Dari Seluruh Dunia 

Pada 10 haribulan Julai 2013, semua umat Islam menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Seorang fotografer Indonesia merakamkan saat - saat indah dibulan Ramadhan di serata dunia.

Sumber








Harga Rokok RM16 Sekotak?

Harga Rokok RM16 Sekotak? 


Harga Rokok RM16 Sekotak? 


KUALA LUMPUR 20 Julai – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.


Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.
Ahli Majlis MCTC,, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.


“Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber

Abby Abadi Berkempen Bersama Farhan Di PRK Kuala Besut

Abby Abadi Berkempen Bersama Farhan Di PRK Kuala Besut


Abby Abadi Berkempen Bersama Farhan Di PRK Kuala Besut

Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.

SUmber

Punca Sebenar Uitm Shah Alam Terbakar


Punca Sebenar Makmal Uitm Shah Alam Terbakar



Punca Sebenar Makmal Uitm Shah Alam Terbakar


Maklumat dari seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mendakwa sebahagian kawasan kampus itu sedang terbakar ketika ini.
Pelajar berkenaan dengan nama Facebooknya Haikal Shafie, telah memuat naik gambar kebakaran tersebut.
Difahamkan anggota-anggota bomba dengan empat jentera bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan.
Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah bangunan di hadapan Kolej Perindu.
Dari sumber facebook Kartikel kebakaran tersebut bermula dari dalam makmal akibat daripada pelajar yang sedang panik ketika salah satu tabung uji terbakar


Promosi Minuman Keras Sempena Hari Raya Aidilfitri?




Promosi Minuman Keras Sempena Hari Raya Aidilfitri?

SDR PENGARANG,

SAYA menulis kepada pihak tuan untuk memaklumkan bahawa masih terdapat pihak peniaga yang tidak sensitif dengan perasaan umat Islam apabila mengiklankan kempen jualan murah produk barangan mereka sempena bulan Ramadan dan juga menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

Saya berkata demikian kerana saya masih melihat terdapatnya pasar raya besar yang turut mengiklankan "jualan murah" beberapa jenama minuman keras di bawah 'banner' sempena bulan Ramadan dan Hari Raya.

Jelas sekali, ketidakperihatinan pihak yang mempromosikan kempen ini mencerminkan sikap tidak memahami sensitiviti umat Islam sebaliknya berpendapat bulan Ramadan dan Hari Raya sebagai satu pesta keramaian atau majlis meraikan kedatangan suatu musim perayaan yang bersifat kebudayaan dan amalan ritual.

Sama ada Ramadan atau tidak, umat Islam sememangnya tidak mengambil minuman keras kerana ia adalah sejenis minuman yang diklasifikasikan sebagai haram.

Justeru pada pandangan saya, masyarakat bukan Islam khususnya para peniaga harus memahami latar belakang ini agar mereka tidak melakukan kesilapan dengan mengaitkan kempen 'jualan murah' minuman keras dengan 'jualan murah' sempena bulan Ramadan.

Ada baiknya juga jika pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan mengambil inisiatif dengan mengadakan peringatan dan kempen mereka sendiri kepada para pekedai dan pengusaha pasar raya agar tidak melakukan kesilapan yang serupa berhubung perkara di atas.


MUHAIMIN ABDUL RAHMAN NAZRI
GUNUNG SEMANGGOL


Sumber

Abby Abadi Dedahkan Gambar Bakal Suami? | Gambar Jodoh Abby Abadi




Abby Abadi Dedahkan Gambar Bakal Suami?



Biar betul Abby Abadi dah ketemu jodoh setelah berpisah dengan Norman Hakim ? Cinta rahsia Allah. Itulah ungkapan Abby Abadi mengenai jodohnya. Terbaru menerusi akaun Instagram, Abby memuat naik beberapa gambar 'misteri' bagi berkongsi kegembiraannya berkenaan berita bahagianya.

Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar cincin berbentuk hati dengan status 'Jodoh Rahsia Allah'. Malah dia turut memaklumkan akan mengumumkan 'berita bahagia' sambil mengharapkan doa daripada pengikutnya.

Tidak lama selepas itu, Abby memuat naik pula gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan status bertulis 

'Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!'. Inikah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya? 


Jom Tengok Gambar Jodoh Abby Abadi di Instagram


Pada 3 Julai lalu, Abby ada memuat naik gambar yang telah menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya. Gambarnya bersama seorang lelaki bernama Farhan itu turut disertakan dengan 'caption' berikut; 

"Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong... bgtau jer.... orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu... Semoga impian terlaksana." - gosip artis info - www.longoi.com.

ALVIN DAN VIVIAN Mohon Maaf Isu kontroversi Berbuka Puasa

ALVIN DAN VIVIAN Mohon Maaf Isu kontroversi Buka Puasa


ALVIN DAN VIVIAN Mohon Maaf Isu kontroversi Buka Puasa

Berikutan daripada gambar mempersendakan bulan Ramadhan oleh pasangan kontroversi Alvin dan Vivian yang disiarkan beberapa hari yang lepas, pasangan tersebut telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam.

Walaupun nampak macam dipaksa oleh pihak tertentu, damage have been done dan mungkinkah rakyat Malaysia akan menerima maaf tersebut? Berikut adalah video permohonan maaf pasangan terbabit.

The Star: Alvivi apologise for offensive ‘buka puasa’ greeting calling it their “stupidest stunt”