Pages

Aaron Aziz Meninggal Dunia Hanyalah Berita Palsu Dan Tipu

Aaron Aziz Meninggal Dunia Hanyalah Berita Palsu Dan Tipu

Aaron Aziz Meninggal Dunia Hanyalah Berita Palsu Dan Tipu


Kekecohan pagi tadi setelah timbul laporan mendakwa aktor Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku di Switzerland mengundang jawapan terus dari isterinya sendiri iaitu Diyana Halik..

"Untuk pengetahuan semua, suami saya kini berada di Cape Town untuk menjalani rakaman program Fear Factor. Saya tidak terkejut kerana ketika berita itu sampai ke pengetahuan saya, saya baru habis bercakap dengannya iaitu pada jam 4 pagi waktu pagi waktu tempatan (10 malam di Cape Town)," jelasnya.
Diyana juga sempat memberitahu rakan media;

"Keluarga di Singapura ada menghubungi bagi bertanyakan hal tersebut, tetapi bagi keluarga rapat kami, mereka tahu suami saya kini berada di Cape Town."

Diyana juga sempat meninggalkan pesanan buat mereka yang sering dan suka mereka-reka cerita.

"Biarlah orang nak buat apa. Saya rasa apa yang dilakukan ini saya penganiayaan buat kami sekeluarga. Hanya tuhan yang tahu," pesannya.



Sebuah laman web yang dikenali dengan nama Global Associated News melaporkan pelakon terkenal Aaron Aziz telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika bermain ‘snow board’ di satu kawasan dikenali sebagai Zermatt Ski Resort di Switzerland.
di bawah berita itu ada disclaimer yang mengatakan berita ini 100 peratus palsu dan ini adalah laman web hiburan
aaron meninggal 2
 (klik pada imej untuk diperbesarkan).
Kononnya berita berkenaan ditulis sebagai hiburan semata-mata.
Buat lawak dengan kebenaran nyawa orang semata-mata untuk hiburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan