Pages

Jakarta DIramal Tenggelam 2030

Jakarta DIramal Tenggelam 2030

Pemanasan global sebabkan paras air laut meningkat dengan pantas

Jakarta: Majlis Kebangsaan Bagi Perubahan Iklim Indonesia (DNPI) meramalkan bahawa separuh daripada Jakarta akan tenggelam menjelang 2030 berikutan fenomena pemanasan global.
Pengerusi DNPI, Rachmat Witoelar (gambar kecil), berkata pemanasan global boleh menyebabkan paras air air laut meningkat dengan pantas.

Jika kita biarkan masalah ini berlaku, separuh daripada Jakarta, terutama Ancol, akan ditenggelami air” Rachmat Witoelar, Pengerusi DNPI


“Jika kita tidak mengambil sebarang tindakan dan membiarkan masalah ini berlaku, separuh daripada Jakarta, terutama kawasan seperti Ancol, akan ditenggelami air,” katanya.

Rachmat berkata beberapa langkah perlu diambil bagi mencari jalan menangani kesan daripada perubahan iklim.

Perubahan ketara
Beliau berkata, bandar besar seperti Jakarta sendiri sebenarnya menyumbang kepada perubahan alam sekitar yang ketara disebabkan pembuangan sampah-sarap yang tidak teratur, pencemaran udara daripada kenderaan, aktiviti penebangan pokok dan kekurangan kawasan hijau berikutan pembangunan.

Rachmat berkata, kerajaan melalui DNPI meneruskan usaha untuk menangani kesan daripada perubahan iklim.

Terbaru, DNPI melancarkan buku berjudul Perubahan Iklim dan Cabarannya Ke atas Tamadun Negara.

Bincang tingkat perubahan

“Indonesia sudah membincangkan usaha meningkatkan keadaan perubahan persekitaran global yang mempunyai kaitan dengan persekitaran dalam negara.

“Indonesia mengesahkan Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) pada 23 Ogos 1994. Sebagai anggota yang aktif, Indonesia memainkan peranan penting untuk menangani krisis alam sekitar,” katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan, Nafsiah Mboi, menggesa orang ramai meningkatkan kesedaran peribadi terhadap masalah alam sekitar dan perubahan iklim kerana masalah ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. - AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan