Pakatan Rakyat Pulau Pinang Beri RM40 Ribu Kepada Adun BN
Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai tahun depan menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar).Menurut Lim, keputusan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu pada Rabu dan telah diluluskan secara prinsip.
"Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang dengan tambahan undi popular sebanyak 10% dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, Adun PR terdiri daripada 30 orang ahli dan Adun Umno seramai 10 orang.
"Kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka melakukan kerja sambil menerima peruntukan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telah ditolak dengan begitu angkuh oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Lim menggesa Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak mengikut standard operasi yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.
Katanya, keengganan Adun Umno bekerjasama dengan kerajaan PR melihatkan sikap lepas tangan pemimpin tersebut.
"Kelakuan mereka selari dengan sikap konfrontasi yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno terhadap PR sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaung-laungkan semangat pendamaian nasional.
"PR mengamalkan sikap terbuka menghormati prinsip semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa berdiskriminasi di antara penyokong BN dan PR.
Bantuan kerajaan negeri PR diberikan kepada semua berdasarkan keperluan.Oleh itu sebagai perbezaan dengan konfrontasi kebangsaan yang diamalkan oleh BN, PR memutuskan untuk membenarkan RM40,000 pembangunan projek kecil setahun kepada 10 Adun pembangkang Umno di Pulau Pinang mulai 2014 mengikut mekanisma ketat yang ditetapkan, tambah setiausaha agung DAP itu lagi. ~the malaysian insider
Tiada ulasan:
Catat Ulasan