Pages

Pengikut Syiah masih ramai di UUM !

Pengikut Syiah masih ramai di UUM ! 


Pengikut Syiah masih ramai di UUM ! 

JITRA - Masih ada beberapa pengikut Syiah di Universiti Utara Malaysia (UUM) tetapi sukar dikesan kerana mereka tidak menonjolkan diri lagi.
        
        Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, mereka kini bergerak secara senyap berbanding dua tahun lalu yang dapat dilihat dengan jelas dan nyata.
        
        Beliau berkata, berikutan pendedahan meluas media sejak kebelakangan ini, pengikut fahaman itu tidak lagi menonjolkan diri dan bercampur dengan warga kampus seperti biasa.
        
        “Memang masih ada seorang dua pengikut Syiah di UUM. Agak sukar nak pantau sebab tidak dapat melihat pergerakan mereka seperti dahulu.
        
        “Mereka memang pandai berlakon dan agak sukar untuk mengenali kerana aktivitinya dilakukan secara bersembunyi,” katanya kepada media selepas menutup seminar itu semalam.
        
        Menurutnya, kebanyakan fahaman itu hanya menonjolkan diri apabila berada bersama ahli kumpulan atau mengadakan aktiviti di tempat tertutup.
        
        “Mereka akan bertindak biasa jika berada di tempat umum atau bersama masyarakat,” katanya.
        
        Menurutnya, penganjuran seminar untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah hasil resolusi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan pendakwah dan guru sebelum ini membincangkan isu menangani penularan Syiah.
        
        “Kita pilih IPT sebab ia menjadi tumpuan atau sasaran Syiah kerana lebih bersifat bebas dan terbuka. Ramai juga pengikut Syiah di beberapa IPT di seluruh negara dan ia perlu dibendung,” katanya.
        
        Marwazi berkata, kumpulan sasaran selepas ini ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mereka adalah penggerak utama dan aktivis yang dekat dengan masyarakat.
        
        “Melalui gabungan usaha ini, kita harap pemahaman mengenai bahaya Syiah dapat disebar luas kepada kumpulan masyarakat yang lebih besar termasuk di kawasan setempat,” katanya.-SINARHARIAN

1 ulasan: