Pages

Tiada Kenaikan Harga Minyak Malam Ini

Tiada Kenaikan Harga Minyak Malam Ini



Tiada Kenaikan Harga Minyak Malam Ini

KECOH di seluruh negara kononnya akan berlaku lagi kenaikan harga minyak RON95 menjelang tengah malam ini.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan kerajaan memberitahu Mynewshub.my sebentar tadi, ia tidak akan berlaku.

” Tiada kenaikan (harga minyak) akan berlaku,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan kini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion, satu jumlah yang cukup membebankan bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia.


TERBARU, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menerusi tweetnya turut menafikan akan berlaku penurunan subsidi minyak petrol RON95 sebanyak 10 sen malam ini.

Menurut beliau harga petrol RON95 masih kekal pada RM2.10 sen.

- Mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan