Pages

Kisah Hantu Kapcai Tak Ada Kepada DI Selekoh Balik Pulau

Kisah Hantu Kapcai Tak Ada Kepada DI Selekoh Balik Pulau

Kisah Hantu Kapcai Tak Ada Kepada DI Selekoh Balik Pulau


Pada tahun 90 an heboh sebuah cerita kononnya ada hantu bawa moto tak ada kepala di jalan Balik pulau-Teluk bahang membabitkan sebuah motosikal dan jenis motosikal yang ditunggangi ialah honda C70 atau moto Kapchai ,

Kisah moto Kapchai ini bermula apabila ada mat moto AKA Abg tanjung sedang berlumba dan tiba-tiba hantu mat Kapchai ini akan berada di depan mereka dengan berpura-pura menuju lurus tapi sebenarnya jalan conner dan mereka yang sedang berlumba itu turut menekori motosikal Kapchai itu di belakang namun sebernanya telah ditipu oleh hantu kapchai itu dan mereka yang mengejar mat kapchai itu terus terjunam ke dalam gaung mungkin ada yang mati wallahmualm..

Sebenarnya Hantu Mat kapchai ini mati terbunuh sewaktu berlumba di situ pada masa dulu apabila kawannya yang berdendam telah menolak dia ke dalam gaung dan kemungkinan mat kapchai ingin membuat perkara yang sama seperti yang dia alami dulu yakni membalas dendam pada mat moto yang lain terutama yang sedang berlumba di jalan itu.

Cerita hantu Kapchai ini tersebar apabila beberapa orang mengalami pengalaman seperti ada orang menolak moto dan bila ingin menhulurkan bantuan tiada wajah kelihatan hanya helmet saja,ada setengah penduduk di situ berkata bahwa cerita itu sengaja direka kerana mahu takutkan mat moto supaya tidak berlumba lagi, walaubagaimanapun cerita ini memang wujud sebab dari pengalaman mat moto yang berlumba dan buah mulut orang ramai bahwa mereka yakin memang penah ada mat moto kapchai tanpa kepala di kawasan terbabit.

Apa yang pasti hanya Allah saja yang maha mengetahui dan filem hantu kapchai yang dilakokan oleh zizan razak sebernanya ilham peristiwa ini menurut laporan kawan admin ,maaf jika Admin mereka-reka cerita ini dan tidak berniat untuk menaibkan sesiapa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan